Keshi gegar Kuala Lumpur

Keshi gegar Kuala Lumpur

Penyanyi, penulis lagu dan penerbit kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat, Keshi akan memulakan siri jelajah dunia pada Oktober depan bagi mempromosikan album kedua berjudul Requiem.

Bakal menjelajah 35 bandar sekitar Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Asia, Keshi akan memulakan jelajahnya di Toronto pada 6 Oktober disusuli Eropah pada Disember, Australia dan New Zealand (Februari) dan seterusnya, Asia pada Februari dan Mac 2025.



Menerusi kenyataan media dikongsikan oleh penganjur, Live Nation Malaysia, Keshi akan menjayakan persembahan di Kuala Lumpur pada 24 Februari 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang juga sebahagian dari Requiem World Tour.

“Pengumuman siri jelajah dunia ini juga datangnya bersama single baharu berjudul Say dan album penuh, Requiem yang akan dilancarkan pada 13 September depan menerusi Island Records.

“Say, single pertama dipilih bagi memperkenalkan album Requiem. Ia mencatat rekod tersendiri apabila penstriman lagu Say di Spotify mencapai sejuta pada hari pertama dilancarkan.

“Keshi menguasai aplikasi penstriman apabila mencatat lebih 11 bilion strim menerusi tiga mini album dan album sulungnya, Gabriel yang dikeluarkan pada 2022.



“Kekuatan itu lantas memberi peluang kepada Keshi untuk menjelajah dunia berulang kali, menjayakan persembahan secara global dan terus meningkatkan produksi dan persembahan langsungnya,” katanya.

Keshi atau nama sebenarnya, Casey Luong adalah penyanyi keturunan Vietnam yang dilahirkan di Amerika Syarikat.

Terdahulu, Keshi pernah menjayakan Konsert Keshi: Live in Kuala Lumpur pada 2022 dan dihadiri lebih 6,000 peminat.

Penyanyi yang memulakan karier muzik sejak 2017 itu memulakan karier seninya menerusi aplikasi Soundcloud dengan lagu-lagu yang menyerlahkan sisi uniknya yang kemudian berjaya menarik perhatian pendengar dalam talian tersebut.



Terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai jururawat onkologi demi aspirasi muzik yang semakin berkembang, Keshi kekal komited pada impian muziknya.

Keshi melonjak popular dengan lagu seperti Limbo, Like I Need U, Understand, Get It dan banyak lagi. BH

Keshi gegar Kuala Lumpur

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

https://mykmu.net/2024/07/26/model-jelita-mati-ditikam-teman-lelaki-diberkas-polis/Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker