Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis

Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis

KANGAR – Kes rogol membabitkan remaja bawah umur berusia 18 tahun ke bawah di negeri ini didapati meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 13 kes direkodkan sehingga bulan lepas, berbanding 11 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kes-kes tersebut meliputi kategori ‘suka sama suka’ dan terpedaya dengan pujukan teman lelaki.



“Jika dilihat secara keseluruhan termasuk kes rogol yang turut melibatkan kekerasan, kadar itu adalah masih rendah iaitu sekitar 15 kes bagi tempoh enam bulan untuk tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, kebanyakan kes yang direkodkan itu juga berlaku dalam kawasan Kangar dan beberapa tindakan telah diambil berhubung perkara tersebut.

Katanya, majoriti kes rogol yang direkodkan berlaku itu membabitkan pelajar sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Berikutan itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh polis antaranya dengan mengadakan ceramah-ceramah di sekolah, hebahan melalui rondaan Skuad Aman Wanita (Amanita) dan media sosial bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang jenayah rogol ini,” ujarnya. K Online



Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker