Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip

Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip

BERANG kerap dilempar tuduhan terlibat dalam penyalahgunaan dadah berikutan perubahan fizikalnya yang semakin kurus, penyanyi Hafiz Suip berkongsi video sedang bersenam di gimnasium.

Terkesan dengan perkara itu, Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, turut menayang otot badannya sekali gus menjawab segala dakwaan tidak berasas netizen.



“Mana ‘mat pet’ yang cakap aku hisap batu (dadah) itu?

“Izinkan aku sepak muka anda setiap seorang boleh?” katanya dalam sebuah video TikTok.

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian ramai yang rata-ratanya meminta pelantun lagu Awan Nano itu tidak menghiraukan segala kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya.

“Hafiz, pedulikan apa orang cakap. Terus majukan diri dan jangan patah semangat.



“Kuatkan semangat dan jangan berhenti menyanyi, awak sangat bagus,” komen netizen.

Sebelum ini, nama Hafiz kerap menjadi bualan ramai selepas dia muncul dengan imej yang lebih kurus sehingga dituduh mengambil bahan terlarang.

Dia bagaimanapun pernah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu berat badannya menurun disebabkan aktif bersenam.

Sekadar info, dia merupakan antara penyanyi yang bakal membuat persembahan pada Konsert By Ajai & Mega Friends di Mega Star Arena pada 3 Ogos depan. HG



Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker