‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
Hajah Ozlynn kini bertudung.
‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
Bertudung selepas bergelar hajah, pelakon Ozlynn Waty sebenarnya sudah terdetik mahu mengubah penampilan sejak beberapa tahun lalu, namun bimbang memikirkan pandangan orang terhadap dirinya.
Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 42, mengakui hanya menunggu hidayah daripada Allah untuk berubah memakai hijab.
“Sebenarnya dah terdetik beberapa tahun lalu tetapi saya rasa orang akan berkata, ‘esok-esok dia buka la tu’.
“Suami selalu kata jangan fikir pasal orang, sebaliknya fikir diri sendiri.
“Tak mengapalah saya nak rasa keajaiban daripada Allah, maknanya nanti bangun dan tiba-tiba terus pakai,” katanya dalam sebuah temu bual.
Tambah isteri kepada pelawak Johan itu, rezeki dijemput menjadi tetamu Allah dengan mengerjakan haji merupakan titik permulaan dia memakai hijab.
“Apabila sudah pergi tunai haji, itulah penamatnya sebab haji adalah rukun islam yang kelima maknanya itu adalah ‘final call’ (panggilan akhir) daripada Allah.
“Kalau boleh memang dah tidak mahu (dedah aurat), dah bersedia untuk semunya,” ujarnya lagi.
Bahkan, ibu kepada enam orang anak itu sudah mengenakan hijab seminggu sebelum ke Mekah bersama suaminya awal Jun lalu.
“Seminggu sebelum dapat tawaran untuk tunai haji, saya pakai tudung ke kelas agama. Ketika itu saya rasa saya sudah bersedia. Kemudian dapat tawaran untuk pergi haji.
“Saya cakap dengan Johan, Allah dengarkah apa yang saya cakap? Saya terfikir apa kebaikkan yang kami buat sampai Allah bagi macam ini? Mungkin ada benda yang kita tak perasan,” tuturnya.
Sebelum ini, Ozlynn dilihat tampil memakai tudung dalam Instagramnya selepas mengerjakan haji.
Ozlynn dan Johan merupakan antara 13 penggiat induustri seni dan pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima musim haji tahun ini. K Online
‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat