Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN

Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN

Pas dan Gerakan didakwa hanya bersandiwara dalam isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah jenis kebangsaan Cina.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, kedua-dua parti dalam gabungan Perikatan Nasional bertindak demikian hanya untuk mendapatkan kuasa dan sokongan rakyat.



Mohd. Puad yakin Gerakan tidak akan keluar daripada PN kerana parti itu adalah kecil yang tidak memberi sebarang impak besar dalam gabungan itu.

Sementara Pas menurut Mohd. Puad akan bersetuju dengan apa sahaja saranan daripada Gerakan berkaitan isu arak selepas mendapat kuasa.

“Gerakan tidak akan keluar PN. Pas dan Gerakan sama sama berlakon. Gerakan tahu Pas hanya berlakon isu arak demi mendapatkan kuasa.

“Percayalah, apabila Pas dapat kuasa nanti, parti itu akan ikut sahaja cakap Gerakan pasal arak. Semua jadi harus.



“Pas tahu Gerakan cuma mengugut. Ia parti nyamuk. Hanya melukut tepi gantang. Mana berani keluar PN. Tiada tempat lain untuk mengemis,” kata Mohd. Puad.

Media sebelum ini melaporkan pertelagahan antara pemimpin Gerakan dan Pas berkaitan sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina.

Presiden Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau dilaporkan berkata, Kementerian Pendidikan tidak seharusnya menyekat ‘syarikat tertentu’ menyumbang dana kepada sekolah.

Menurutnya, langkah itu susulan kerajaan tidak memperuntuk dana mencukupi kepada semua jenis sekolah, sambil menegaskannya tidak mempengaruhi pelajar menjadi peminum tegar.



Jelas beliau, segala fasiliti dan kemudahan yang disifatkan terbaik yang dimiliki sekolah aliran Cina ketika ini adalah hasil sumbangan dana pihak luar bukan sahaja daripada syarikat-syarikat besar, malah golongan peniaga kecil dan penjaja.

Sementara pemimpin Pas seperti Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari kecewa dengan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan tiada kerjasama dengan parti komponen dalam PN itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Pendirian rasmi Parti Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan. Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh Gerakan, PRU16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dalam satu ikatan politik,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. MG



Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker