Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
JITRA: Dua lelaki yang ditemukan maut selepas terperangkap di dalam lubang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kamunting, hari ini, dipercayai hendak melakukan jenayah curi kabel milik syarikat telekomunikasi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata kedua-dua lelaki itu dikatakan sempat mencuri kabel sebelum terperangkap dan lemas di dalam lubang berkenaan.
Katanya, kejadian itu disedari orang awam yang ternampak penutup lubang itu dalam keadaan terbuka pada jam 8 pagi tadi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.
“Berikutan itu, pihak polis menghubungi syarikat telekomunikasi terbabit dan pihak bomba untuk memaklumkan perkara itu.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan menemui dua lelaki terbabit dipercayai terperangkap dalam lubang sedalam kira-kira enam meter itu.
“Polis memanggil bantuan daripada pihak bomba untuk membawa naik mayat dua lelaki terbabit disebabkan keadaan lubang itu agak dalam,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.
Menurut Rodzi, berdasarkan siasatan, dua lelaki itu dipercayai sudah berjaya memotong kabel syarikat telekomunikasi itu pada lubang pertama yang jaraknya kira-kira 30 meter dari lubang kedua.
Bagaimanapun, katanya ketika hendak memotong kabel di lubang kedua, mereka dipercayai terperangkap dan mati akibat lemas disebabkan kekurangan oksigen.
“Kita percaya kejadian ini berlaku awal pagi tadi sebelum penemuan mayat kedua-duanya tidak lama kemudian.
“Siasatan juga mendapati mereka adalah warga tempatan namun bukan penduduk di daerah ini.
“Bagaimanapun, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat kedua-duanya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua lelaki ditemui meninggal dunia selepas terperangkap dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting dekat Jitra di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.29 pagi. BH
Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat