Banduan lari dari mahkamah Keningau ditangkap sembunyi dalam reban
Banduan lari dari mahkamah Keningau ditangkap sembunyi dalam reban
Seorang banduan yang lolos tujuh jam sebaik dijatuhkan hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Keningau kelmarin berjaya ditahan semula ketika cuba bersembunyi dalam reban ayam, semalam.
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (JSJD) dan IPD Keningau pada jam 9.30 malam.
Ketua Polis Keningau, Yampil Anak Garai, berkata sebelum kejadian itu, kakitangan penjara menghantar tujuh banduan termasuk suspek ke Mahkamah Keningau.
Katanya, sebaik hukuman enam bulan penjara dibacakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, suspek secara tiba-tiba melompat keluar dari kandang tertuduh.
“Dia kemudian menolak tingkap kaca dan melompat dari tingkat dua sehingga ke atas bumbung garaj setinggi kira-kira dua meter dan melompat lagi dari bumbung garaj setinggi empat meter dan terus berlari menghala ke pagar kawasan mahkamah sejauh 70 meter.
Suspek kemudian memanjat keluar pagar tersebut dan terus menghala ke jalan raya utama berhampiran Bulatan Rusa, Pekan Keningau, katanya, menurut Sinar Harian.
Yampil berkata, suspek bertindak menghilangkan diri dan gagal dikesan.
Bagaimanapun katanya, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek yang bersembunyi dalam reban ayam di kawasan perumahan kuarters kerajaan, Keningau.
Suspek dibawa balik ke IPD Keningau untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan, katanya. FMT
Banduan lari dari mahkamah Keningau ditangkap sembunyi dalam reban
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat
You must be logged in to post a comment.