Shuib dedah Siti Sarah pernah bertukar seperti harimau (Video)

Akibat perbuatan sihir.

Shuib dedah Siti Sarah pernah bertukar seperti harimau (Video)

Shuib mendedahkan bahawa arwah isterinya, Siti Sarah pernah terkena sihir ketika bergelar penyanyi.

Dan dia sendiri menyaksikan detik ngeri itu di depan matanya, menurut Shuib ketika berkongsi dalam siaran podcast yang dimuat naik di saluran YouTube Shuib sendiri.



Shuib menegaskan bahawa dia banyak kali mengalami pengalaman seram tersebut dan mencemaskan.

Shuib berkata: “Sebenarnya saya ada banyak kali melalui keadaan yang mencemaskan sampai kesurupan dan dirasuk.

“Paling teruk ketika Siti Sarah bertukar seperti seekor harimau, gaya harimau sehingga menjilat kakinya.

“Minggu pertama saya berkahwin dengannya, tiba tiba saya mendengar dia mendengus seperti harimau dan itu telah banyak kali berlaku,” tegas Shuib – menurut sumber mStar.



Shuib kemudian membantu Siti Sarah dengan membawa dia berubat dengan segera. Melanjutkan ceritanya, Shuib juga pernah melihat Siti Sarah tumbang selepas membuat persembahan di Gegar Vaganza. Lantas dia terus membawa arwah isterinya itu mendapatkan rawatan.

Shuib dan Siti Sarah mulai merasakan ada sesuatu yang tak kena, seolah olah Siti Sarah disihir ketika membuat persembahan.

“Dia [Siti Sarah] cakap dia rasa seperti disihir. Pernah dia naik ke pentas dan dia rasa orang bencikan dia dan persembahan tak best,” tegas Shuib.

Sebagai rekod, Shuib dan Siti Sarah pernah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2021. Namun begitu, Siti Sarah telah pergi dulu kerana jangkitan pandemik covid-19 pada 9 Ogos 2021.



Beberapa tahun selepas pemergian arwah Siti Sarah, Shuib akhirnya terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi, dan mengahwini Watie Hanifiah pda Jun 2023.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker