Rafizi beri ‘formula’ jadikan Malaysia ‘Harimau Asia’

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Malaysia perlu menumpukan sektor bernilai tinggi sekiranya mahu mengembalikan semula status sebagai ‘Harimau Asia’.

Rafizi berkata antara sektor bernilai tinggi yang perlu diberi perhatian adalah penciptaan dan reka bentuk cip.

“Tetapi jika dilihat di dalam banci ekonomi (2023), syarikat yang mereka bentuk cip di Malaysia boleh dikira dengan jari.

Jadi kita sebagai kerajaan memastikan dasar-dasar dan program untuk tempoh lima tahun akan datang memberi tumpuan kepada sektor-sektor sebegini,



 katanya kepada media di Majlis Pelancaran Penemuan Banci Ekonomi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 sebanyak RM1.568 bilion boleh menjadikan negara kembali menjadi ‘Harimau Asia’.

‘Harimau Asia’ istilah yang digunakan untuk menggambarkan ekonomi Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong yang berkembang pesat pada 1990-an.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata tinjauan positif daripada penganalisis dan agensi penarafan, disokong oleh angka ekonomi yang memberangsangkan adalah petunjuk bahawa Malaysia sedang mencatat kemajuan ketara untuk mendapatkan semula status ‘Harimau Asia’.



Bagaimanapun, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata bahawa Malaysia tidak pernah menjadi ‘Harimau Asia’, bertentangan dengan dakwaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas menteri kewangan itu berkata Malaysia tidak boleh dianggap ‘Harimau Asia’ memandangkan negara membiayai hampir keseluruhan projeknya, termasuk empangan dan lebuh raya, disebabkan pelabur asing menjauhi Malaysia. Beliau juga berkata ia hanya ilusi.

Dalam pada itu, Rafizi berkata prospek Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’ perlu berlandaskan kepada ekonomi masa depan di mana Malaysia antara negara yang berada jauh di depan berbanding negara serantau.

“Kalau (KDNK) kita pada 4 hingga 5% setiap tahun dan mata wang mengukuh sekitar RM4.20 berbanding 1 dolar Amerika Syarikat untuk beberapa tahun akan datang, Malaysia akan jadi negara maju dan berpendapatan tinggi.



“Ini adalah piawai mudah. Bukan soal harimau tak harimau, ia ada piawai tetapi pelabur melihat potensi masa depan. Jadi Malaysia berpotensi untuk tumbuh dengan baik.

Kalau pergi kepada dalam sektor masa depan dilihat negara berpotensi jadi harimau (asia),

 katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker