Polis peras wang warga asing ditahan
Polis peras wang warga asing ditahan
Kajang: Dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan berkaitan kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari, di sini, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat lelaki warga negara asing berhubung satu video tular memaparkan kejadian pemerasan itu.
Menurutnya, hasil semakan video yang tular itu membawa kepada penahanan terhadap dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
“Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan.
“Polis Kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana mana pegawai kanan polis mahupun pegawai rendah polis yang didapati terbabit dalam kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi.
Terdahulu tular di media sosial menunjukkan dua anggota polis bermotosikal menahan lelaki warga asing dan dipercayai membuat pemerasan wang. HM
Polis peras wang warga asing ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat
You must be logged in to post a comment.