Pesta janda rai penceraian

Pesta janda rai penceraian

Seorang wanita Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat (AS) dikecam netizen selepas menganjurkan ‘pesta janda’ bagi meraikan penceraiannya.

Rakaman video tular memaparkan wanita itu menari dengan riang sambil mengikut rentak lagu Bollywood dan kelihatan penonton bersorak beramai-ramai.

Di bahagian latar belakang pula, terdapat belon yang disusun dengan bertulis ‘Penceraian Mubarak’ yang bermaksud penceraian yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.

Pengguna akaun Facebook yang berkongsi video dengan kapsyen ‘ Jika semua ini berterusan, gerbang perkahwinan akan runtuh.

Seorang pengguna mengulas bahawa penceraian tidak sepatutnya diraikan semata-mata membebaskan hubungan toksik dengan pasangan anda.

“Ya ia bagus dari segi kesihatan mental anda, tetapi jika kita meraikan penceraian, semakin ramai akan takut untuk berkahwin.

“Selain itu, jumlah ibu tunggal akan meningkat. Ketiadaan bapa kanak-kanak akan menjadi trauma,” jelasnya.

Bagaimanapun, punca penceraian terhadap wanita yang memiliki kedai di AS itu, tidak diketahui kerana dia tidak mendedahkan maklumat lanjut. Sinar

Pesta janda rai penceraian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker