Onn Hafiz berang, pusat akuatik kotor dan menjijikkan
Onn Hafiz berang, pusat akuatik kotor dan menjijikkan
JOHOR BAHRU – Insiden 19 pelajar mengalami pelbagai gejala kesihatan selepas terlibat dalam aktiviti di kolam renang dan kolam terjun Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin di sini Selasa lalu menarik perhatian Menteri Besar Johor.
Datuk Onn Hafiz Ghazi yang melakukan lawatan mengejut ke pusat berkenaan hari ini dan kelihatan terperanjat serta berang apabila melihat keadaan kedua-dua kolam itu yang tidak dijaga serta diselenggara dengan baik.
“Kita dapat laporan, daripada 900 peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 Selasa lalu, seramai 19 pelajar telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami gejala yang pelbagai.
“Sehubungan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengambil sampel air di kedua-dua kolam yang digunakan untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dibuat penilaian bagi melihat sama ada ia memberi kesan langsung kepada pelajar terbabit.
“Oleh itu, sementera menunggu keputusan laporan kimia sampel air itu diperolehi, pusat akuatik ini akan kita tutup sementara waktu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat akuatik itu.
Terdahulu, 19 pelajar berkenaan yang menerima rawatan di Sultanah Aminah (HSA) di sini mengalami muntah-muntah, demam, kulit gatal dan demam selepas terlibat dengan aktiviti di pusat berkenaan.
Tinjauan di pusat itu mendapati lantai serta dinding kolam berwarna kuning seakan berkarat dan di platform papan anjal pula kotor dan terdapat bangkai cicak.
Mengulas lanjut, Onn Hafiz mahu infrastruktur yang berkarat itu perlu dibersih dan dibaiki secepat mungkin.
Menurutnya, pusat akuatik itu hanya akan dibuka semula kepada umum setelah dibaik pulih sepenuhnya kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan pengunjung yang menggunakan fasiliti berkenaan.
“Saya doakan pelajar yang terkesan akan pulih dan sihat seperti biasa dan doakan kesihatan mereka,” katanya dan memberitahu hanya seorang pelajar yang masih menerima rawatan di HSA ketika ini. MG
Onn Hafiz berang, pusat akuatik kotor dan menjijikkan
Baca Artikel Menarik:
- Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah
- Chow sekolahkan Sanusi
- MCA pertikai pakaian atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024
- Tajaan konsert amal, bukan untuk sumbangan kepada sekolah – Ahmad Zahid
- Kamala Harris desak Netanyahu bertindak
- Pengarah FBI tak pasti Trump cedera akibat peluru
- Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul
- Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah
- Politik kita dah tak rasional sejak dari dalam rumah – Habsah Hassan
- Zulfarhan mungkin masih hidup kalau…
- Anak tauke restoren yang hilang rupanya mati dibunuh
- Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan
- Saya yang menurut perintah – Ramli
- Saya belum mati – Sathiya
- Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’
You must be logged in to post a comment.