Olimpik 2024 : Tan Jie-Ee Wei kejutkan pasangan No 2 dunia
Olimpik 2024 : Tan Jie-Ee Wei kejutkan pasangan No 2 dunia
PARIS: Kem badminton negara melakar satu lagi kejutan di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila gandingan Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei berjaya menjinakkan pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China pagi ini.
Pertarungan selama 70 minit di Porte de La Chapelle Arena itu menyaksikan beregu campuran negara yang menduduki ranking kesembilan dunia meraih kemenangan menakjubkan 17-21, 21-15, 21-16 untuk melangkah ke suku akhir selaku juara Kumpulan D.
Setelah tewas di set pertama, Tang Jie-Ee Wei bangkit menggegar venue pertandingan yang dibanjiri kira-kira 8,000 penonton seawal 8.30 pagi waktu tempatan, dengan mempamerkan permainan terbaik mereka untuk mendominasi dua set berikutnya.
Berdasarkan format perlawanan, Tang Jie-Ee Wei dijangka akan berdepan naib juara kumpulan dan hanya akan diketahui dalam undian esok, selepas semua aksi peringkat kumpulan acara beregu selesai.
Naib juara Terbuka Switzerland dan Masters Thailand itu memulakan kempen pada Sabtu menewaskan pasangan Singapura Terry Hee-Jessica Tan 23-21, 21-12, sebelum meraih kemenangan kedua mengatasi wakil Amerika Syarikat 21-15, 24-22.
Semalam, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah mengejutkan beregu nombor enam dunia dan bekas juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 18-21, 21-15, 21-16 dalam aksi Kumpulan A untuk menghidupkan peluang mereka ke suku akhir.
Mengenai kemenangan hari ini, Ee Wei berkata keberanian mereka untuk lawan secara berhabis-habisan menentang Yan Zhe-Dong Ping tanpa mempedulikan status juara bertahan seteru mereka itu, berjaya mengubah keputusan ‘atas kertas’.
“Sebagai juara bertahan, permainan mereka sangat baik dan menyukarkan kami. Tapi kunci kejayaan kami adalah percaya satu sama lain dan komunikasi yang baik dalam gelanggang, kita tahu apa perlu dilakukan.
Mereka beregu utama dunia dan mempunyai kualiti permainan sangat bagus. Tapi kali hari ini, kita tidak terlalu ikutkan perasaan apabila ketinggalan seperti dulu, kita lawan balik dengan mereka, katanya.
Dong Ping merangkul pingat emas di Tokyo 2020 bersama gandingannya ketika itu Wang Yi Lyu, yang mengumumkan persaraan tahun lepas kerana kecederaan.
Sementara itu, Tang Jie berkata mereka tidak mahu terlalu teruja dengan kemenangan hari ini tetapi mahu meneruskan momentum kemenangan mereka di peringkat suku akhir, kelak.
Pada perlawanan hari ini, kita cuba cari bagaimana cara untuk mengatasi kehebatan mereka, dan strategi kita berjalan lancar hingga menang. Kita akan gunakan sehari rehat esok untuk pemulihan dan mempersiapkan diri untuk perlawanan suku akhir nanti, katanya. FMT
Olimpik 2024 : Tan Jie-Ee Wei kejutkan pasangan No 2 dunia
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat
You must be logged in to post a comment.