Olimpik 2024: Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia

Olimpik 2024: Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia

Aksi cemerlang beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah membenam pasangan nombor enam dunia dari Jepun Matsumoto-Wakana Nagahara mewarnai dan menyemarakkan semangat kontinjen Malaysia pada hari kedua temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Beregu ranking ke-13 dunia itu mempamerkan aksi penuh bertenaga dan agresif untuk bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencipta kejutan 18-21, 21-15, 21-16 ke atas juara dunia 2018 dan 2019 tersebut pada aksi Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena.

Kejayaan itu, sekali gus kembali menghidupkan peluang untuk melangkah ke suku akhir selepas akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 17-21, 20-22, pada aksi pembukaan semalam.

Namun, juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu, berdepan misi wajib menang menentang beregu ranking kesembilan dunia dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada aksi terakhir peringkat kumpulan maut itu, Selasa ini.

Dua pasangan teratas kumpulan layak ke sukur akhir.

Kemenangan itu terus memberikan inspirasi kepada kem badminton negara apabila beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan slot ke suku akhir selepas mencipta kemenangan kedua berturut-turut dalam peringkat kumpulan.

Pemenang pingat gangsa pada edisi Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik menepati ramalan apabila dengan mudah mengatasi Adam Dong-Nyl Yakura dari Kanada 21-10, 21-15 dalam aksi Kumpulan A.

Namun, juara dunia 2022 itu, berdepan cabaran sengit menentang beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, esok dalam penentuan juara kumpulan yang akan memudahkan laluan mereka di peringkat kalah mati nanti.

Pada aksi Kumpulan G beregu campuran, Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-15, 24-22 dan bakal menerima tentangan sengit daripada juara Asia, Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping dari China esok.

Arena megah dengan kapasiti 8,000 penonton itu, turut menyaksikan pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia memulakan misinya untuk mengapai emas Olimpik dengan menundukkan pemain nombor 70 dunia dari Sri Lanka,Viren Nettasinghe 21-14, 21-12 dalam Kumpulan G.

Selepas rehat sehari, beliau akan turun berdepan pemain nombor 62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, yang membuat penampilan kelima di Olimpik.

Namun, nasib berbeza buat kem memanah recurve negara apabila trio Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Syaqiera Mashayikh dan Nurul Azreena Mohd Fazil dalam acara berpasukan wanita di Invalides.

Mereka tersingkir dengan kekalahan 3-5 kepada kepada trio Indonesia, Diananda Choirunisa, Syifa Nurafifah Kamal dan Rezza Octavia pada pusingan penyingkiran 1/8 dan seterusnya berharap untuk melangkah jauh dalam acara individu bermula Selasa.

Sementara itu, cabaran kontinjen negara di kolam renang Arena La Defense berakhir hari ini selepas perenang berusia 18 tahun, Tan Rouxin sekadar meraih kedudukan ke-33 dengan catatan satu minit dan 12.50 saat (s) pada saringan 100 meter (m) kuak dada wanita, sekali gus terlepas peluang ke separuh akhir.

Semalam, Khiew Hoe Yean turut menamatkan saingan pada saringan 400m gaya bebas lelaki.

Pada hari ketiga temasya esok, bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei akan membuka kempen acara perseorangan wanita dengan menentang pemain Afrika Selatan Johanita Scholtz dalam saingan Kumpulan H.

Dalam pada itu, Ketua Kontinjen Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan peserta kontinjen dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengulas laporan bahawa Pusat Media Utama (MPC) di Palais de Congres di sini, ditutup sementara pada Sabtu kerana ancaman letupan.

Selain 26 atlet dan 40 pegawai kontinjen negara, katanya seramai 25 pengamal media dari Malaysia terdiri daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), pemegang hak siaran serta petugas media kontinjen dan organisasi berita antarabangsa sedang bertugas di Paris. B-Mk

Olimpik 2024: Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker