Lapor segera kes Orang Hilang, jangan tunggu 24 jam – IPK KL
Lapor segera kes Orang Hilang, jangan tunggu 24 jam – IPK KL
Laporan polis tentang kejadian Orang Hilang (OH) harus dibuat dengan segera bagi membolehkan sesuatu tindakan pantas dapat diambil.
Polis Kontinjen Kuala Lumpur, sentiasa ‘membuka pintu’ kepada masyarakat untuk membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga, saudara mara atau rakan mereka hilang serta mendapati ada unsur mencurigakan dalam kejadian kehilangan itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tiada prosedur operasi standard (SOP) yang menyatakan laporan polis harus dibuat selepas tempoh 24 jam kejadian OH berlaku.
“Kita (di setiap balai) di Kuala Lumpur kena terima setiap laporan yang dibuat sebab setiap tempoh masa sesuatu kes OH itu adalah amat penting untuk polis bertindak.
“Mengambil pengajaran dan iktibar dari kes kehilangan dan bunuh Nur Farah Kartini di Hulu Selangor, baru-baru ini, bila laporan dibuat, mayatnya ditemui lima hari kemudian dan ianya menyukarkan tugas pihak forensik apabila menemui mayat mangsa pada hari kelima dan ianya dah menjadi susah, mungkin mayat itu boleh bertahan dalam tempoh 24 jam untuk diperiksa,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.
Rusdi berkata, setiap tubuh mayat itu penting untuk tentukan sebab kematian dan mayat dalam keadaan yang reput mendatangkan kesukaran kepada polis untuk menentukan sebab kematian.
“Selain itu laporan OH dalam kadar segera dapat membantu polis dalam membuat usaha-usaha pengesanan orang yang dilaporkan hilang.
“Sekarang kena cepat kerana sekiranya ada kehilangan sekarang mungkin dalam tempoh yang tidak lama akan sampai ke sempadan, jadi kita kena cepat,” katanya.
Beliau berkata, arahannya sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur pada semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Balai Polis untuk menerima setiap laporan polis tanpa perlu menunggu 24 jam.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa semua pegawai dan anggotanya harus menerima laporan OH yang dibuat tidak semestinya untuk menunggu sehingga 24 jam.
Tindakan lewat mengambil laporan OH boleh menyebabkan setiap nyawa individu yang dilaporkan hilang terancam. BH
Lapor segera kes Orang Hilang, jangan tunggu 24 jam – IPK KL
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat