Cuaca panas melampau jejaskan keterjaminan makanan negara
Cuaca panas melampau jejaskan keterjaminan makanan negara
Keadaan kemarau dan panas berpanjangan bakal memberi kesan kepada semua, termasuk bidang pertanian serta penternakan, kata Presiden Persatuan Ekologi Malaysia Prof Dr Ahmad Ismail.
Ahmad berkata, fenomena itu juga boleh menjejaskan keterjaminan makanan negara.
“Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mungkin boleh ramalkan tempoh kemarau dan cuaca panas berdasarkan keadaan iklim dunia atau serantau.
“Bukan saja manusia dan tumbuhan, haiwan juga sensitif dengan perubahan suhu yang mendadak. Pertambahan dua atau tiga darjah celcius boleh memberikan kesan kepada kesihatan haiwan.
“Begitu juga hutan tropika yang sensitif kepada perubahan cuaca yang tinggi melebihi empat darjah celcius kerana ia boleh memberi kesan kepada proses fotosintesis,” katanya kepada Harian Metro.
Justeru, menurutnya, peranan hutan sangat penting dalam kawalan suhu alam sekeliling.
Katanya, kadar saiz hutan simpan dan tumbuhan lain berbanding kawasan bandar, industri dan aktiviti manusia, sangat penting untuk diambil kira.
“Hutan dan kawasan tadahan air lain, terutama kawasan tinggi, penting untuk bekalan air melalui sungai dan tasik.
“Oleh itu, semua kawasan penting seperti hutan simpan dan kawasan tadahan air mesti dikenal pasti dan diurus dengan baik untuk menjaga kestabilan ekosistem berkaitan.
“Ketika musim kering, panas tanpa hujan ketika ini, barulah menyebabkan kita dapat menilai keperluan hutan dan air di sungai,” katanya.
Cuaca lebih panas hingga pertengahan September
Orang ramai perlu mengurangkan penggunaan air dan elakkan aktiviti luar pada waktu puncak untuk menghindari impak cuaca panas dan strok haba.
Ia susulan taburan hujan yang rendah dijangka berterusan hingga bermula fasa peralihan monsun dengan situasi itu menyebabkan Malaysia berdepan cuaca lebih panas dan kering hingga pertengahan September.
Felo Akademi Sains Malaysia Dr Fredolin Tajudin Tangang berkata, Malaysia masih di bawah pengaruh monsun barat daya yang secara kebiasaannya dicorakkan dengan keadaan cuaca kering dan panas.
“Keadaan panas dan kering ini boleh diperkukuhkan oleh beberapa fenomena yang berlangsung serentak.
“Sejak lebih seminggu lalu sehingga kini, keadaan panas dan kering lebih ketara di seluruh Malaysia terutama di utara Semenanjung.
“Keadaan ini disumbang oleh kesan fenomena yang dipanggil sebagai ‘Ayunan Dalam Musiman Musim Panas Hemisfera Utara’ atau disebut sebagai ‘Boreal Summer Intra-Seasonal Oscillation (BSISO),” katanya kepada Harian Metro.
“Menurut ramalan BSISO yang dikeluarkan oleh APCC (APEC Climate Center), Pusat Ramalan Iklim APEC yang berpusat di Busan, Korea pada 24 Julai, keadaan panas dan kering ini dijangka berlarutan beberapa minggu lagi sepanjang Ogos ini.
“Selain daripada pengaruh BSISO ke atas cuaca yang kering dan panas kira-kira seminggu lalu, ada kemungkinan keadaan ini juga diperkukuhkan oleh pengaruh taufan kuat Gaemi yang bertiup di Filipina dan Taiwan.
“Malaysia, terutama di Semenanjung, walaupun agak jauh dari kawasan tiupan taufan ini, turut akan terkesan daripada aspek kuantiti kelembaban yang ada untuk menjana hujan dan awan.
“Taufan yang kuat di kawasan Filipina akan menyebabkan penumpuan kelembapan ke kawasan berkenaan, seterusnya menjadikan Malaysia mengalami kekurangan kelembaban,” katanya.
Menurut beliau, fenomena La Nina mungkin berlaku yang mana APCC juga meramal, lebih 70 peratus keberangkalian berlaku jika memasuki musim perantaran monsun pada September.
“Keadaan La Nina di Lautan Pasifik akan menjadikan kawasan Malaysia sebagai kawasan penumpuan kelembapan dan kebarangkalian curahan hujan meningkat.
“Dalam keadaan cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihati supaya mengelakkan pembakaran terbuka. Ini sangat penting terutama di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar,” katanya. HM
Cuaca panas melampau jejaskan keterjaminan makanan negara
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat
You must be logged in to post a comment.