Chegubard direman 2 hari berkait dakwaan rasuah TLDM

Chegubard direman 2 hari berkait dakwaan rasuah TLDM

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard direman dua hari bagi membantu siasatan ke atas dakwaannya berhubung isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Peguam Rafique Rashid berkata, anak guamnya direman bagi membantu tiga siasatan bawah Seksyen 203(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memberi maklumat palsu menggunakan rangkaian telekomunikasi.

“Pegawai penyiasat memohon reman selama empat hari, namun setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah mengklasifikasi Badrul Hisham sebagai pemberi maklumat yang harus diberi perlindungan dari segi undang-undang dan tidak boleh dikenakan tindakan jenayah atau sivil.

Oleh itu, mahkamah membenarkan reman selama dua hari. Jika tiada sebarang masalah, Chegubard akan keluar esok, katanya menurut Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan Badrul Hisham ditahan di IPD Putrajaya pada 3 petang semalam. FMT

Chegubard direman 2 hari berkait dakwaan rasuah TLDM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker