Ahli kabinet Netanyahu dihalau oleh keluarga Yahudi yang diserang Hizbullah
Keluar dari sini, penjenayah, kami tidak mahu kamu berada di Golan, kata mereka.
Ahli kabinet Netanyahu dihalau oleh keluarga Yahudi yang diserang Hizbullah
Keluarga mangsa serangan di Majdal Shams enggan menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang cuba menyelaraskan pertemuan dengan beberapa keluarga, lapor akhbar “Haaretz” semalam.
Akhbar itu melaporkan Pejabat Perdana Menteri cuba menyelaraskan pertemuan antara Netanyahu dengan beberapa wakil keluarga mangsa di Majdal Shams, tetapi ditolak, berikutan kematian 12 kanak-kanak dan kecederaan ke atas 40 lagi susulan roket membedil taman permainan di bandar itu.
Menurut akhbar itu, “pegawai kanan di pejabat Netanyahu menghubungi beberapa ahli keluarga mangsa dalam usaha mengatur pertemuan yang diadakan hari ini atau esok, tetapi mereka beritahu lebih suka untuk tidak bertemu dengan perdana menteri.”
Memetik laporan Al Quds, pejabat Netanyahu enggan mengulas mengenai laporan itu.
Semalam, penduduk Majdal Shams di Golan Heights yang diduduki menentang pembabitan anggota dan menteri Knesset kerajaan Netanyahu dalam upacara pengebumian mangsa dan menuntut mereka beredar.
Video yang tersebar menunjukkan penduduk membantah lawatan menteri, termasuk Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich; Menteri Ekonomi Nir Barkat; Menteri Pendidikan Yoav Kisch; Menteri Perlindungan Alam Sekitar Idit Silman dan Menteri Tenaga Eli Cohen.
“Keluar dari sini, penjenayah, kami tidak mahu kamu berada di Golan,” jerit seorang penduduk Majdal Shams kepada Smotrich.
Pemimpin tempatan telah menghantar mesej kepada menteri Israel supaya tidak hadir ke Majdal Shams untuk menghadiri pengebumian, kerana sensitiviti keadaan dan untuk mengelakkan kes pembunuhan bertukar menjadi acara politik. BH
Ahli kabinet Netanyahu dihalau oleh keluarga Yahudi yang diserang Hizbullah
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat
Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis