19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik

19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik

Sebanyak 19 pelajar yang menyertai kejohanan di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin menerima rawatan di hospital selepas dipercayai mengalami pelbagai gejala termasuk muntah, demam dan kulit gatal.

Menurut Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 yang berlangsung dari Selasa hingga Khamis lepas itu disertai kira-kira 900 pelajar.

Beliau berkata, berdasarkan laporan terkini, hanya seorang pelajar masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Susulan kejadian itu, katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor sedang mengkaji tahap air di pusat akuatik berkenaan.

“Tahap air di sini (Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin) sedang dikaji, sama ada ia memberi kesan kepada 19 pelajar tersebut.

InsyaAllah keputusan laporan dapat pada Isnin (esok), katanya pada sidang media selepas melawat pusat akuatik itu hari ini Bersama Exco Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin, lapor Bernama.

Onn Hafiz berkata, pusat akuatik itu akan ditutup buat sementara waktu sehingga kerja-kerja baik pulih selesai termasuk dari segi prasarana kolam renang dan kolam terjun yang dilihat berkarat. FMT

19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker