Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
SEREMBAN: Anggota polis trafik Seremban dan seorang remaja parah apabila kedua-dua motosikal dikatakan bertembung di Kilometer (KM) 36 (S), Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas), di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) itu dikatakan sedang melakukan tugas sebelum dikatakan dirempuh remaja berkenaan yang melawan arus.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan pada kepala dan kaki.
“Siasatan awal mendapatu kemalangan membabitkan seorang anggota polis lelaki berumur 36 tahun dan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun.
“Kemalangan berlaku ketila anggota terbabit yang bertugas di BSPTD Seremban sedang melakukan tugas Ops Samseng Jalanan bersama beberapa anggota lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sambung beliau, ketika kejadian, remaja berkenaan dikatakan bertindak menunggang motosikal secara lawan arus sebelum merempuh anggota yang juga sedang menunggang motosikal.
“Akibat kemalangan, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di kaki dan kepala sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, untuk menerima rawatan,” katanya.
Ujarnya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 307 Akta Kanak-Kanak 2001 disebabkan penunggang di bawah umur 18 tahun.
“Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih prihatin berkaitan aktiviti anak mereka terutama pada lewat malam yang berkemungkinan terpengaruh dengan gejala tidak sihat seperti lumba haram,” katanya. BH
Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Baca Artikel Menarik:
- Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah
- Chow sekolahkan Sanusi
- MCA pertikai pakaian atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024
- Tajaan konsert amal, bukan untuk sumbangan kepada sekolah – Ahmad Zahid
- Kamala Harris desak Netanyahu bertindak
- Pengarah FBI tak pasti Trump cedera akibat peluru
- Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul
- Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah
- Politik kita dah tak rasional sejak dari dalam rumah – Habsah Hassan
- Zulfarhan mungkin masih hidup kalau…
- Anak tauke restoren yang hilang rupanya mati dibunuh
- Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan
- Saya yang menurut perintah – Ramli
- Saya belum mati – Sathiya
- Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’
You must be logged in to post a comment.