Pembunuhan Nur Farah Kartini, Ketua Polis Negara terima cadangan gantung tugas anggota polis
Anggota polis yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata Bukit Aman sudah menerima cadangan daripada ketua polis Perak berhubung tindakan berkenaan.
Pihak Bukit Aman menerima cadangan itu untuk menahan kerja anggota polis terbabit,
katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Harian Metro.
Semalam, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, yang bertugas di Perak didakwa membunuh Farah Kartini, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam, antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang pada 15 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza kerana kes melibatkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira 6 petang lima hari kemudian.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah
- Chow sekolahkan Sanusi
- MCA pertikai pakaian atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024
- Tajaan konsert amal, bukan untuk sumbangan kepada sekolah – Ahmad Zahid
- Kamala Harris desak Netanyahu bertindak
- Pengarah FBI tak pasti Trump cedera akibat peluru
- Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul
- Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah
- Politik kita dah tak rasional sejak dari dalam rumah – Habsah Hassan
- Zulfarhan mungkin masih hidup kalau…
- Anak tauke restoren yang hilang rupanya mati dibunuh
- Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan
- Saya yang menurut perintah – Ramli
- Saya belum mati – Sathiya
- Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
You must be logged in to post a comment.