Guan Eng dibidas isu derma syarikat arak, ‘PAS pun patuh ketetapan kabinet ketika jadi kerajaan’

Seorang pembantu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membidas Lim Guan Eng selepas pengerusi DAP itu mengingatkan menteri berkenaan supaya tidak menjadi ‘menteri pendidikan PAS’ dalam isu kutipan dana bagi sekolah Cina.

Setiausaha politik Fadhlina, Atiqah Syairah Shaharuddin berkata, Lim seharusnya tahu bahawa PAS juga menerima keputusan kabinet ketika berada dalam kerajaan.

“Reaksi itu jelas menunjukkan dia bukan sahaja tidak bersetuju dengan menteri pendidikan tetapi juga dengan keputusan kabinet.



“Pemimpin PAS telah berhenti mengulas mengenai isu ini, kerana jelas mereka mematuhi garis panduan yang sama sepanjang pentadbiran 33 bulan.

“Mengkritik orang lain sambil mendedahkan kelemahan diri adalah hipokrit,” kata Atiqah dalam satu kenyataan.

Dia turut meminta Lim menghentikan polemik berikutan penglibatan syarikat arak, Tiger Beer dalam acara amal anjuran SJK(C) Tche Min di Sungai Pelek, Selangor yang mencetukan kontroversi baru-baru ini.

Semalam, kementerian pendidikan mengumumkan bahawa kerajaan mengekalkan garis panduan sedia ada bagi kutipan derma di sekolah termasuk larangan sebarang pameran dan promosi minuman keras di kawasan sekolah.



Bagaimanapun, kerajaan pada mesyuarat kabinet minggu ini juga bersetuju mempertimbangkan untuk membenarkan sekolah vernakular menerima sumbangan melalui lembaga pentadbiran sekolah, seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dalam pada itu Atiqah menegaskan bahawa menteri DAP yang telah membangkitkan isu itu kepada kabinet.

“Walaupun selepas kenyataan media dikeluarkan (semalam), kenapa dia (Lim) masih mengikut naratif yang dikemukakan pembangkang?

“Jika YB Fadhlina dianggap mengikut telunjuk PAS, YB Lim Guan Eng ikut siapa?” katanya.



Dia juga mempersoalkan mengapa penambahbaikan kepada kutipan derma sekolah tidak dibincangkan, termasuk melalui Pelan Pembaharuan Pembiayaan Pendidikan yang boleh melibatkan kementerian pendidikan dan kewangan.

“Ini adalah masa terbaik kerana DAP mempunyai timbalan menteri di kedua-dua kementerian daripada parti yang sama.

“Sebagai ahli parlimen yang telah berkhidmat hampir empat dekad, berpengalaman di peringkat negeri dan persekutuan, dia harus mahir dalam pengurusan krisis dan bertindak sebagai negarawan, mengelak isu yang menyumbang kepada ketegangan kaum dan agama,” katanya.

Selain Fadhlina, Lim turut membidas Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh dengan mempersoalkan mengapa dia mencampuri urusan kaum Cina yang tiada kaitan dengan masyarakat Melayu dan Islam.



Semalam, Akmal yang mempertahankan Fadhlina dalam isu berkenaan mengingatkan Lim bahawa Islam adalah agama persekutuan dan kebanyakan rakyat Malaysia adalah Melayu dan Islam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine



Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker