Dr Maszlee Malik gesa Ketua Wanita AMANAH letak jawatan ‘jika ada maruah, integriti’

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu (kanan) dan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

 

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PKR hari ini menggesa Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Sepang dan Ketua Wanita AMANAH.

Ia susulan kehadiran pemimpin itu pada satu majlis anjuran sebuah sekolah vernakular bagi tujuan mengumpul dana persekolahan yang turut membabitkan penajaan syarikat arak.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang juga bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kehadiran beliau pada majlis seumpama itu satu insiden memalukan dan menjatuhkan imej AMANAH dan rakyat Parlimen Sepang yang memilihnya.



“Islam rahmah yang dibawa oleh AMANAH tidak pernah sekali-kali bermaksud menghalalkan arak dalam acara sekolah.

“Sewajarnya jika beliau mempunyai maruah dan integriti, beliau meletakkan jawatan secara sukarela sebagai Ahli Parlimen secara terhormat dan juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita AMANAH,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Katanya, langkah sedemikian jika diambil Aiman Athirah akan menjadi pengajaran kepada Ahli Parlimen AMANAH yang lain supaya lebih teliti, berhati-hati dan menjunjung prinsip rahmah yang sebenar.

Dalam pada itu, Mazslee turut kesal dengan kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menempelak dan memperlekeh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung isu promosi syarikat arak di dalam acara membabitkan sekolah.



Katanya, apa dilakukan oleh menteri berkenaan adalah selari dengan keputusan Kabinet, falsafah pendidikan kebangsaan, pekeliling Kementerian Pendidikan (KPM) sedia ada dan semangat Madani yang dibawa kerajaan, iaitu mempromosikan gaya hidup sihat dalam pendidikan.

“Membenarkan syarikat arak dipromosikan secara besar-besaran di dalam acara membabitkan sekolah adalah tindakan membuka kotak Pandora untuk membenarkan industri tidak sihat lain untuk dipromosikan di dalam ranah pendidikan seperti industri tembakau, industri vape, industri perjudian dan hiburan kelab malam.

“Guan Eng tidak perlu melihat isu promosi arak di dalam acara melibatkan sekolah dari sudut politik, agama mahupun perkauman. Ianya berkaitan isu kesihatan, isu kesejahteraan hidup dan juga sivik,” katanya.

Aiman Atirah sebelum ini meminta maaf jika ada pihak yang sensitif dengan gambar beliau memegang replika cek berlogo syarikat arak pada satu majlis sumbangan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine



Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker