Siapa pun tak datang minta maaf – Bapa Zulfarhan
Siapa pun tak datang minta maaf – Bapa Zulfarhan
Ibu bapa Allahyarham Zulfarhan Osman memaklumkan tiada seorang pesalah yang menyebabkan kematian anak mereka datang untuk meminta maaf sejak kejadian tersebut.
Bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros dan Ibu, Hawa Osman dalam temu bual sebuah rancangan radio berkata, hanya Orang Kena Tuduh (OKT) yang dikenakan hukuman di bawah Akta 330 yang dibebaskan tanpa perlu bela diri sahaja tampil meminta maaf.
Katanya, ibu bapa pesalah juga tidak pernah tampil memohon maaf kepada mereka walaupun beberapa kali bertembung dengan ibu bapa pesalah di mahkamah.
“Selama tujuh tahun naik turun Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan… bertembung, kadang-kadang sampai berlaga bahu, tapi tidak ada,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkarnain turut mengucapkan terima kasih kepada pengirim surat layang bagi melaporkan kejadian itu kepada warden bagi membantu arwah.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau yang menghantar surat layang, beliau ni seboleh-boleh nak menyelamatkan anak saya.
“Keduanya kalau beliau ada kesempatan, bolehlah beliau hubungi saya, saya lebih suka bersemuka, ataupun boleh jumpa di mana-mana kalau ada kesenangan, lapang masa,” katanya.
Terdahulu, enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang sebelum ini dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan dihukum gantung mati oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini. K Online
Siapa pun tak datang minta maaf – Bapa Zulfarhan
Baca Artikel Menarik:
- Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah
- Chow sekolahkan Sanusi
- MCA pertikai pakaian atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024
- Tajaan konsert amal, bukan untuk sumbangan kepada sekolah – Ahmad Zahid
- Kamala Harris desak Netanyahu bertindak
- Pengarah FBI tak pasti Trump cedera akibat peluru
- Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul
- Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah
- Politik kita dah tak rasional sejak dari dalam rumah – Habsah Hassan
- Zulfarhan mungkin masih hidup kalau…
- Anak tauke restoren yang hilang rupanya mati dibunuh
- Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan
- Saya yang menurut perintah – Ramli
- Saya belum mati – Sathiya
- Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)
You must be logged in to post a comment.