Dua pengarah Emraz Travel kena dakwa lagi

Dua pengarah Emraz Travel kena dakwa lagi

Melaka: Pasangan pengarah dan syarikat pengendali pakej umrah, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas 27 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah RM229,860 kepada sembilan mangsa.

Datuk Zulkarnain Endut dan isterinya, Datin Mazuin Mustafa, kedua-duanya berusia 43 tahun dan syarikat berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman.

Berdasarkan semua pertuduhan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat dengan Zulkarnain dan Mazuin, selaku orang kena saman (OKS), berdepan pertuduhan gagal mematuhi award TTPM bertarikh antara 12 Jun 2023 hingga 12 Januari 2024 kepada sembilan mangsa terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki berusia 31 hingga 60 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat TTPM Cawangan Melaka, Aras 6, Wisma Persekutuan, Ayer Keroh antara 25 September 2023 dan 19 April 2024.

Sabit kesalahan semua OKS boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau keduanya-duanya mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shafiq Mahadi dan Hakiim Izani mencadangkan jaminan RM2,000 seorang bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat melapor diri di pejabat KPDN Putrajaya sekali sebulan.

Beliau memberikan alasan bahawa kes berkenaan membabitkan kepentingan awam dan semua OKS turut dikenakan jaminan ketika didakwa sebelum ini di Putrajaya atas 63 pertuduhan, Kelantan (51 pertuduhan), Seremban (51 pertuduhan) dan Johor Bahru (16 pertuduhan).

Peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili semua OKS merayu jaminan rendah atas alasan anak guamnya tiada risiko untuk melarikan diri kerana turut didakwa atas tuduhan sama di mahkamah lain.

Katanya, syarikat berkenaan tidak lagi beroperasi dan anak guamnya juga tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan suami isteri itu dilepaskan dengan ikat jamin RM2,700 setiap seorang bagi semua pertuduhan.

Terdahulu, Hanif turut membuat bantahan awal supaya OKS dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas semua pertuduhan itu sementara menunggu keputusan semakan kehakiman difailkan pihaknya pada 16 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung bidang kuasa TTPM dalam memberikan award berkenaan, namun ditolak Sharda Shienha selepas membenarkan bantahan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 13 September depan untuk pengurusan kes dan keputusan semakan kehakiman. HM

Dua pengarah Emraz Travel kena dakwa lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker