Enggan memulangkan semula wang, Michael Ang disaman RM500,000

KOTA DAMANSARA: Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang diminta membayar RM500,000 kepada Armani Entertainment Sdn Bhd kerana didakwa melanggar kontrak yang sudah dipersetujui tiga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata, antara isi kandungan dalam dua kontrak berkenaan ialah Michael perlu memasukkan artis di bawah syarikat dalam dua program realiti televisyen popular.

Kata KK Chua, artis di bawah pengurusan Armani Entertainment juga dijanjikan Michael untuk menjadi pelakon utama dan pelakon pembantu dalam drama terbitan syarikat pengarah itu.



“Kami juga sudah membayar wang tunai RM250,000, manakala RM250,000 lagi adalah kos ubahsuai rumahnya di Desa Park, Kuala Lumpur dibayar menerusi program Fix It Til You Make It.

“Bagaimanapun, Michael hanya melaksanakan tiga tugas yang terkandung dalam kontrak iaitu memasukkan satu lagu runut bunyi, memberi watak pelakon pembantu dan menjadi juri program di enam lokasi.

“Perjanjian sudah ditandatangani pada 1 Oktober 2021, tetapi sehingga kini, Michael tidak memenuhi tanggungjawab seperti terkandung dalam kontrak,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama, dua peguam yang mewakili Armani Entertainment, Syed Ahmad Naqiuddin Syed Mohammad Rizal dan Lim Zi Hwei dari Zi & Associates.



Kata KK Chua, pihaknya sudah menghubungi Michael selepas kontrak pertama gagal dipenuhi dan dia juga sudah menandatangani perjanjian buat kali kedua pada 2 September 2022.

“Disebabkan dia (Michael) tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dalam kontrak pertama, kami mintanya memulangkan semula wang, tapi Michael enggan berbuat demikian.

“Selepas memberi peluang kedua, Michael masih gagal melaksanakan tanggungjawab yang dijanjikan seperti dalam kontrak.

“Justeru, selepas mengambil kira pelbagai perkara, kami sudah memfailkan saman terhadap Michael,” katanya.



Pada masa sama, kata KK Chua, pihaknya berharap kejadian malang yang menimpa syarikatnya itu boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati.

Pada sidang media itu, peguam KK Chua, Lim Zi Hwei juga memaklumkan sebutan pertama kes itu akan diadakan pada 5 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sementara itu, Michael ketika dihubungi berkata, dia enggan mengulas lanjut dan hanya menyerahkan kepada peguam yang dilantik untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker