‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

“Itu sebab you tak ada duit. Bila you ada duit, semuanya (barang) menjadi murah,”

Itulah kata-kata seorang usahawan di dalam sebuah video yang tular di platform TikTok hari ini sehingga mengundang kecaman orang ramai.



Usahawan di sebuah syarikat jualan langsung itu berkata demikian ketika diminta memberikan kata-kata motivasi oleh anak-anak buahnya.

Katanya, barang mahal bukanlah disebabkan ekonomi tetapi berpunca daripada seseorang individu itu tidak berkemampuan atau mempunyai duit yang cukup untuk membeli keinginan masing-masing.

“Barang mahal disebabkan you tak ada duit. You ada duit, semua barang menjadi murah. Tak ada barang yang dikatakan mahal. You tak ada duit, you rasa mahal.

“You ada duit, you rasa (barang) itu murah la. RM1,000? Murahlah. RM10,000 murahlah, RM100,000 murahlah, RM1 juta? Murahhh! Kan? Sebab you ada? RM100 juta (dalam simpanan).



“Keluar duit sikit saja, okay settle (pembayaran). Kan?” jelasnya kepada salah seorang usahawan lain.

Justeru, video tersebut menerima pelbagai reaksi orang ramai yang menempelak kata-kata lelaki tersebut kerana dianggap tidak sensitif dengan golongan kurang berkemampuan.

“Orang kaya mana faham orang miskin. Orang kaya je bole cakap macam tu. Esok lusa dia miskin tahu lah dia,” komen Bam.

“Masa dia ada duit boleh lah cakap begini. Rezeki orang, masing-masing tak sama. Kau ada rezeki lebih dan tak ada masalah nak beli barang tak apalah. Tapi jangan cakap besar,” komen Sarahwahida.



“Hmm kalau usaha tapi rezeki belum sampai nak buat macam mana. Dorang tak faham konsep rezeki ni,” komen pengguna lain pula.

Dalam pada itu, ramai juga bersetuju dengan kata-kata usahawan itu yang dianggap boleh membangkitkan motivasi dalam diri setiap individu yang berputus asa untuk mencari rezeki.

“Saya setuju apa dia cakap. Ada duit semua barang boleh beli. Takde duit semua barang jadi mahal. Jadi berusahalah untuk cari banyak duit,” komen Asanah.

“Secara relatifnya, betul. Barang mahal, gaji murah atau tak naik. Betul lah apa dia cakap tu. Dia tak ada hina sesiapa pun. Dia tak ada cakap pun kau malas cari duit ke apa,” komen Redzuan pula.



“Hanya orang yang berfikiran kaya sahaja faham maksud yang dia cuba sampaikan. Orang yang berfikiran miskin akan selalu bagi alasan,” komen Aizat pula. K Online

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker