Tauke suruh kami jalan
Tauke suruh kami jalan
Memandu atas arahan majikan antara alasan diberikan beberapa pemandu lori yang ditahan dalam Ops Laluan Terhad Kenderaan Perdagangan dekat Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan di sini pada Isnin.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dijalankan secara rondaan di lokasi ini bermula sekitar jam 6 pagi hingga 9 pagi.
“Sebanyak enam buah lori dikesan tidak mematuhi isyarat lalu lintas waktu terhad berdasarkan peraturan di bawah Subseksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (Akta 333) oleh pegawai pengangkutan jalan, pegawai polis atau warden trafik.
“Tindakan saman dikenakan melibatkan kesalahan tidak patuh waktu laluan terhad iaitu antara jam 6.30 pagi sehingga jam 9.30 pagi,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, penguatkuasaan menerusi rondaan sentiasa dijalankan bagi memastikan semua pihak terutamanya pemandu kenderaan perdagangan mematuhi peraturan ini.
“Pengendali serta pemandu syarikat pengangkutan kenderaan barangan perlu mematuhi sepenuhnya peraturan larangan waktu terhad yang telah diwartakan.
“Sekiranya ingkar, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000,” katanya. Sinar
Tauke suruh kami jalan
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis
You must be logged in to post a comment.