Nampak ‘baby bump’pada Syasya Rizal , netizen ucap tahniah

Nampak ‘baby bump’pada Syasya Rizal , netizen ucap tahniah

“Sedang mencipta keindahan untuk kehidupan saya sendiri.”

Demikian perkongsian bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang sepertinya memberi bayangan dirinya kini sedang berbadan dua.



“Satu perkara pada satu masa,” tulisnya lagi dalam hantaran Instagram.

Biarpun tidak memperincikan lebih lanjut fasa indah itu, rata-rata pengikut mendoakan kebahagiaannya selepas memilih berundur daripada kumpulan sensasi itu.

Selain dipuji cantik, ruangan komen laman sosial Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Syafiqah Shahrizal turut dibanjiri ucapan tahniah.

Hal ini kerana, ramai mendakwa kelihatan ketara bentuk ‘baby bump’ sekali gus menandakan wanita berusia 23 tahun itu bakal bergelar ibu tidak lama lagi.



“Saya nampak baby bump la,” tulis seorang netizen.

“Baby bump ke itu? Alhamdulillah, tahniah kalau betul,” ujar pemilik akaun lain.

“OMG, mengandung. Tahniah,” komen pengikutnya.

Begitupun, dia tidak memberi sebarang maklum balas terhadap pertanyaan mahupun ucapan tahniah netizen.



Syasya melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Nasrullah Mohd. Sapie dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu.

Khabar gembira itu dikongsikan syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang menaungi kumpulan Dolla.

Sebelum itu, pada 8 April lalu Syasya yang juga cucu kepada dramatis Rozie Othman lebih dulu mencetuskan kejutan apabila mengumumkan keluar daripada Dolla atas alasan peribadi. K Online

Nampak ‘baby bump’pada Syasya Rizal , netizen ucap tahniah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker