Feri ikonik Pulau Pinang akan dilupuskan – SPPP

Feri ikonik Pulau Pinang akan dilupuskan – SPPP

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan melupus semua feri ikonik, selain tidak meneruskan rancangan menjadikannya Feri Pulau Kapas sebagai restoran terapung atas faktor kos.

Pengerusinya, Yeoh Soon Hin berkata, ia susulan sebuah Feri Pulau Kapas yang ditambat di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), karam awal pagi tadi akibat kebocoran dan tidak lagi dapat dibuat pembaikan.

Katanya, SPPP telah memajak feri ikonik termasuk Feri Pulau Kapas kepada beberapa syarikat berkelayakan untuk dijadikan produk pelancongan negeri pada 2021.

Namun begitu, hasrat untuk menjadikan Feri Pulau Kapas ini sebagai sebuah restoran terapung tidak dapat direalisasikan memandangkan terdapat ketidakpatuhan pemajak terhadap perjanjian pajakan dan pajakan telah ditamatkan pada Februari 2023, katanya dalam kenyataan.

Selain itu, beliau menjelaskan SPPP juga menerima pelawaan daripada beberapa syarikat untuk membeli dan menyewa feri ikonik, namun isu utama adalah berkaitan kos keseluruhan yang tinggi dan cadangan lokasi penempatan tidak sesuai.

Justeru, SPPP memutuskan untuk melupuskan feri-feri ikonik dengan kadar segera, katanya.

Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun dan digantikan dengan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang individu dan feri bagi motosikal dan basikal.

Dalam pada itu, Yeoh berkata, SPPP bertindak bertindak menambah tali pengikat feri dan memasang ‘boom’ bagi mencegah tumpahan minyak sejurus menerima laporan mengenai Feri Pulau Kapas karam, pada 3.26 pagi tadi.

Feri yang ditambat di Dermaga 2, PSAH itu telah mengalami kebocoran dan tidak lagi boleh dibuat pembaikan. Penyiasatan yang dijalankan pada awal pagi tadi mendapati Feri Pulau Kapas karam separuh bahagian sahaja memandangkan air laut masih surut, katanya.

Terdahulu, dilaporkan feri ikonik Pulau Pinang itu tenggelam awal dipercayai berpunca tali pengikat putus akibat angin kuat.

Yeoh memaklumkan feri yang dibina pada 1981 itu ditamatkan operasinya pada 31 Mei 2020 dan kemudian ditempatkan di PSAH.

Beliau berkata feri berkenaan diserahkan kembali kepada SPPP oleh Prasarana Malaysia Berhad pada 1 Januari 2021. FMT

Feri ikonik Pulau Pinang akan dilupuskan – SPPP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker