‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk

‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk

BANGKOK: Jamuan hantu yang diadakan di tanah perkuburan dekat Rayong, Thailand mencetuskan ketakutan selepas kelihatan imej misteri menunjukkan ada ramai ‘orang’ duduk, walaupun tiada sesiapa yang hadir secara fizikal.

Portal The Thaiger melaporkan penampakan itu dipercayai kerana roh si mati menghadiri jamuan berkenaan.



Pegawai Penyelamat Siam Rayong menganjurkan jamuan bersama 30 meja pada 20 Julai, di tanah perkuburan Kuil Chag Phak Kud, terletak di Moo 5, Mukim Nikom Phatthana, Daerah Nikom Phatthana, Wilayah Rayong.

Acara itu sebahagian daripada sambutan Hari Asalha Puja, yang bertujuan untuk memberi ganjaran kepada roh yang tidak dituntut yang tinggal di tanah perkuburan semasa puasa Buddha.

Tayangan filem turut diatur untuk ditonton oleh si mati pada waktu malam.

Timbalan Pengerusi Yayasan Siam Ruamjai di Wilayah Rayong, Kritthaphat Takkhet, mendedahkan tanah perkuburan Kuil Chag Phak Kud adalah tempat persemadian si mati baik yang dituntut dan tidak dituntut.



Tapak berkenaan turut menjadi tempat persemadian mayat bayi yang meninggal dunia selepas bersalin.

Secara keseluruhan, kira-kira 200 mayat kanak-kanak dan orang dewasa dikebumikan di sana.

Jamuan itu menyediakan pelbagai hidangan yang enak dan manis, termasuk siakap kukus dengan limau nipis, sup ikan berkuah merah, sup lobak, telur lima rempah, kari hijau dengan mi, tom yam makanan laut dan kari itik merah.

Pencuci mulut termasuk ladu telur manis, campuran manisan Thai, dan buah-buahan seperti longan dan rambutan, setiap satu disediakan dalam kuantiti 50 kilogram (kg).



Selain itu, 50 biji tembikai turut disediakan dan hiburan malam itu adalah tayangan filem ‘Journey to the West’, bertujuan untuk roh.

Jamuan hantu di tanah perkuburan itu menarik minat ramai penduduk tempatan, yang hadir beramai-ramai, lapor Sanook.

Ketika majlis itu, mereka yang datang melaporkan kejadian menyeramkan kerana ada imej seperti bayang-bayang yang menyerupai orang yang duduk dan makan. BH

‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara



‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil



Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker