Biadap, bawa anjing masuk premis makanan (Video)
Biadap, bawa anjing masuk premis makanan (Video)
Sudah sekian lama kita hidup dalam berbilang bangsa, semua sudah mengetahui bahawa terdapat larangan membawa haiwan masuk ke premis makanan atau pusat membeli-belah. Hal ini kerana risau akan tahap kebersihan dan juga menjaga sensitiviti penganut Islam.
Bagaimanapun, baru-baru ini seorang individu menerusi akaun TikTok @Shafiz2994 berkongsi sebuah video yang memperlihatkan seorang pengawal keselamatan memberikan teguran kepada seorang lelaki yang membawa anjing peliharaannya ke dalam keadai serbaneka.
“Hello, maafkan saya bos. Ini (anjing) tak boleh bawa masuk sini bos. Ada (terima) aduan dekat sini.
“Tak ada bos, sini tak boleh,” kata petugas itu dengan nada sopan untuk meminta individu terbabit berada dari premis makanan itu. Dia lalu menjelaskan bahawa anjing peliharaan itu boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai sekiranya ia bertindak agresif dengan menggigit.
Namun begitu, pelanggan lelaki itu tetap berkeras serta tidak berganjak daripada meja yang diduduki walaupun sudah dihalau berulang-kali.
Lebih teruk lagi, lelaki itu pula yang menghalau pekerja tersebut supaya beredar dan tidak mengganggu urusannya. Dalam video yang sama, boleh dilihat terdapat beberapa individu beragama Islam yang sedang menikmati makanan pada ketika itu.
Menurut Shafiz, video ini dimuat naik dengan harapan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki terbabit kerana tidak menghormati sensitiviti warga setempat yang beragama Islam dan menghormati budaya di sini.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mengecam tindakan lelaki itu yang bukan sahaja bersifat pentingkan diri sendiri malah tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat yang majoritinya penganut Islam di negara ini.
Dalam pada itu, netizen berharap agar lelaki itu dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa supaya menjadi pengajaran buat orang lain di masa kelak.
Di dalam komen juga, seorang individu mendakwa dirinya merupakan kakitangan bertugas pada masa itu dan sudah memberi teguran sebanyak tiga kali kepada lelaki terbabit namun tidak diendahkannya.
Selain itu, dia memaklumkan sudah membuat laporan polis susulan insiden tersebut. Vc
Biadap, bawa anjing masuk premis makanan (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.