Ahli Dewan Negara Gerai sertai operasi DBKL serbu gerai warga asing sekitar ibu kota
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 16 gerai warga asing dalam operasi bersepadu di sekitar pusat bandar, semalam.
DBKL dalam kenyataannya, memaklumkan operasi bersepadu itu dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Turut menyertai operasi itu adalah enam Ahli Dewan Negara yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Sosial dan Masyarakat Parlimen Malaysia untuk melihat lebih dekat kaedah dan perjalanan sesuatu operasi yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama agensi berkaitan.
“DBKL mengambil 16 tindakan sita mengikut Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana kesalahan meletakkan barangan yang berkaitan dengan perniagaan di tempat awam
“Sebanyak empat notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016,” katanya.
DBKL berkata, selain itu JIM turut menahan seramai 15 orang warga asing iaitu 14 warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar, manakala AADK menahan seramai sembilan orang.
Katanya, LHDN pula membuat pemeriksaan ke atas 21 premis perniagaan dan SSM turut mengeluarkan 13 notis kompaun atas pelbagai kesalahan yang dikuatkuasakan.
Semua barangan yang diambil tindakan pindah halangan oleh DBKL telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
“Sehubungan itu DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” katanya.
Orang ramai yang ingin membuat aduan boleh menyalurkan maklumat di http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Abby Abadi dah macam anak dara