Saya terkejut dengan perkembangan Nonny – Niezam

Saya terkejut dengan perkembangan Nonny – Niezam

“Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Demikianlah komen pelakon Niezam Zaidi mengulas mengenai bekas kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah yang mencetuskan kontroversi menerusi perkongsiannya dalam media sosial.



Niezam, 31, berkata dia percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah dan apa yang menimpa Nonny ujian Allah.

“Saya mendoakan semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua dan membawa ke jalan benar. Setiap perkara terjadi ada hikmahnya.

“Kita tak berada dalam kasut Nonny, jadi tak tahu apa yang terjadi. Ini mungkin ujian untuknya. Jadi, doakanlah baik-baik untuk Nonny sebab tak tahu apa ujian kita akan datang.

“Cakaplah yang elok-elok sahaja, saya tak boleh bercakap pasal orang lain sebab bukan hak saya,” katanya.



Dalam masa sama, Niezam tidak menafikan dirinya terkejut dan bimbang melihat perkongsian Nonny.

“Jika saya pun terkejut, apatah lagi, keluarganya mungkin lagi terkejut. Semua orang pasti terkejut. Tapi, saya tidak mengikuti akaun media sosialnya.

“Saya tahu cerita menerusi orang lain. Ada orang bertanya, tapi saya jawap tak tahu,” katanya yang ditemui pada sesi fotografi drama terbaharu, Hai Cinta Dengarkanlah bersama pelakon Shukri Yahaya dan Anna Jobling untuk siaran Akasia di TV3.

Sepanjang mengenali Nonny, Niezam mengakui, dia seorang yang baik dan murah hati, lebih lagi, bersama keluarganya.



“Apa yang saya nampak Nonny adalah hamba Allah yang baik, suka bersedekah dan menjaga keluarga. Saya tak nampak perkara lain.

“Namun, saya tak berani nak ulas keadaan mental Nonny sebab saya tiada kepakaran. Saya tak tahu Nonny sakit atau sebaliknya, minta maaf saya tak tahu,” katanya.

Niezam berkata, dia menerima banyak mesej langsung dalam media sosial yang bertanya mengenai Nonny. Bagaimanapun, dia memilih tidak mengulas lanjut mengenai orang lain.

“Ada pertanyaan yang saya boleh layan. Ada yang mesej, tapi kalau saya penat memang saya tak layan,” katanya.



Niezam berkata, dia berharap Nonny sentiasa dilindungi Allah.

“Allah sayang, kadang-kadang kita tak tahu apa yang Allah siapkan untuk kita.

“Saya tak berani nak pesan untuk orang lain sebab diri saya pun kadang-kadang tak betul,” katanya.

Terdahulu, Niezam dan Nonny pernah merancang melangkah ke fasa perkahwinan selepas menyulam cinta ketika digandingkan bersama dalam drama.



Bagaimanapun, Nonny memaklumkan perkahwinan bersama Niezam terpaksa dibatalkan menerusi Instagram pada 25 Oktober 2020, namun tidak mendedahkan mengenai puncanya. BH

Saya terkejut dengan perkembangan Nonny – Niezam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker