Elyana bengang jadi kaunter pertanyaan penyakit
Elyana bengang jadi kaunter pertanyaan penyakit
Umpama menjadi kaunter pertanyaan, penyanyi Elyana berasa geram apabila dihujani pelbagai soalan malah menjadi tempat rujukan orang ramai yang menghidapi penyakit serupa dengannya.
Pernah dimaki hamun apabila tidak dapat memberikan jawapan memuaskan hati, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 37, berkata, dia juga seorang pesakit dan bukan pakar dalam bidang perubatan.
“Minta maaf. Saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit ya. Saya pun pesakit macam anda.
“Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang apabila orang perlukan.
“Bila ada yang tak kena di mata, orang maki hamun saya macam saya tak ada perasaan. Saya bukan malaikat,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram Story.
Enggan masuk campur perkara yang bukan bidangnya, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu meminta orang ramai untuk merujuk penyakit mereka kepada pakar perubatan.
“Kalian kata saya ahli neraka, takkan masih nak minta tolong saya?
“Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana,” ujarnya.
Sebelum ini, menerusi ruangan komen, terdapat seorang pengikut penyanyi itu dipercayai menghidap kanser bertanyakan kepadanya tentang amalan dilakukan untuk sembuh.
Tiada rutin istimewa, Elyana memberitahu kesembuhannya adalah dengan kuasa Allah. K Online
Elyana bengang jadi kaunter pertanyaan penyakit
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon
‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh