Harith, Dr Jezamine sertai kejohanan sukan anak

Harith, Dr Jezamine sertai kejohanan sukan anak

Biarpun bakal bercerai, namun pelawak popular, Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine Lim tetap menjaga hubungan baik demi anak-anak.

Sabtu lalu, Dr Jezamin dilihat berkongsi foto bersama Harith dan anak-anaknya yang menyertai perlawanan sukan pickleball.



“Perlawanan kedua saya dan kami menyertai kejohanan. Si kecil, Zydane sangat teruja.

“Dia adalah peserta paling kecil yang bertarung dengan peserta dewasa dan kami menang satu perlawanan,” tulis Dr Jezamine yang dilihat turut memetik nama Harith.

Kegembiraan terpancar pada wajah mereka sekeluarga menerusi foto menyebabkan peminat meninggalkan komen memohon agar pasangan itu mempertimbangkan semula keputusan untuk bercerai.

“Tolong jangan bercerai. Anda semua nampak gembira.



“Ya, mereka kelihatan gembira, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu. Marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka,” komen seorang peminat.

Pada 9 Julai lalu, BH Online melaporkan Dr Jezamine dipercayai memfailkan cerai terhadap suaminya.

Harith, 57, dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9. BH

Harith, Dr Jezamine sertai kejohanan sukan anak



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain



Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga



Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker