Saya jual produk bukan jual tubuh – Nonny

Saya jual produk bukan jual tubuh – Nonny

“Seksi saja tapi tak jual diri untuk cepat kaya.”

Demikian kata pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah yang mendedahkan menerima pelawaan ke ranjang susulan penampilan terbaharunya yang didakwa semakin seksi dan mencolok mata di Instagram.



Nonny berkata, dia hanya menjual produk bukan menjual tubuh badannya walaupun sudah empat tahun hidup menjanda.

“Saya jual produk bukan jual diri. Saya tiada teman lelaki, skandal, pernah berkahwin dan berstatus janda.

Dalam masa sama, Nonny turut memberi gambaran sudah serik untuk mendirikan rumah tangga atau mempunyai komitmen dalam perhubungan.

“Saya tidak mahu kahwin atau teman lelaki.



“Saya Bahagia begini. Permintaan yang mengarut saya maki setiap seorang.

“Ada yang ugut bunuh lagi? Saya sudah letih,” katanya.

Tambahnya, dia sudah tidak mampu bertahan dengan segelintir pihak yang tidak serik ‘mencuba nasib’ untuk memiliki tubuhnya.

“Daripada berpurdah sehingga sekarang dengan makhluk sebegini.



“Jangan melampau. Lebih baik focus dengan kehidupan kalian,” katanya.

Sebelum itu, Nonny pernah mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 2019 tetapi jodoh mereka hanya bertahan selama setahun.

Lama menghilang, Nonny baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video menari sambil berkemban.

Bukan itu sahaja, bekas peserta Akademi Fantasia itu juga turut mengejutkan peminatnya apabila tampil membotakkan rambut dengan mesin pencukur. HM



Saya jual produk bukan jual tubuh – Nonny

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain



Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga



Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker