Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
Bekas timbalan menteri undang-undang dan reformasi institusi, Ramkarpal Singh menyatakan kebimbangan terhadap spekulasi Peguam Negara (AG) Ahmad Terrirudin Salleh direncana untuk dilantik menjadi Hakim Besar Malaya pada masa akan datang.
Ramkarpal berkata isu itu tidak ada kaitan dengan prestasi atau kecekapan Terrirudin sebagai peguam negara, tetapi lebih kepada mengapa wujud keperluan untuk menyimpang daripada amalan badan kehakiman yang mempromosikan dari dalam badan kehakiman sendiri.
“Kerajaan Madani harus mengelak daripada meninggalkan amalan melantik hakim Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya kerana tidak ada sebab, dalam keadaan itu, untuk mengambil seseorang yang belum berkhidmat sebagai hakim untuk peranan itu.
“Melantik orang luar ke salah satu jawatan kehakiman paling kanan negara sudah tentu satu langkah ke belakang dan akan mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
FMT memetik sumber melaporkan minggu lalu bahawa nama Terrirudin telah dikemukakan oleh Pejabat Perdana Menteri untuk dipertimbangkan oleh Majlis Raja-raja.
Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa warganegara yang telah menjadi pengamal undang-undang selama 10 tahun sama ada sebagai peguam atau anggota perkhidmatan kehakiman atau perundangan layak dilantik sebagai hakim di mana-mana peringkat.
Jawatan Hakim Besar Malaya kosong berikutan persaraan mandatori Zabidin Diah.
Ramkarpal berkata kerajaan tidak menafikan laporan FMT mengenai rencana pelantikan Terrirudin, yang menguatkan lagi lagi spekulasi mengenai perkara itu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata walaupun terdapat duluan (precedent) orang luar dilantik ke Mahkamah Persekutuan, tetapi duluan sedemikian tidak harus diikuti jika kerajaan komited terhadap pembaharuan institusi.
“Sehubungan dengan itu, duluan seperti itu harus ditinggalkan kerana ia menimbulkan persepsi campur tangan kerajaan dalam pelantikan hakim kanan memandangkan pelantikan tersebut akhirnya dibuat atas nasihat perdana menteri di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
“Perlu ditegaskan bahawa terdapat calon yang layak daripada barisan hakim Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat untuk mengisi jawatan Hakim Besar Malaya dan difahamkan syor telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC), iaitu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, daripada barisan itu,” katanya.
Sebelum ini, pada Nov 2022, Majlis Raja-Raja berpendapat JAC harus bebas daripada pengaruh perdana menteri.
JAC bertanggungjawab melantik hakim dalam badan kehakiman. Di bawah tetapan semasa, lima daripada ahli jawatankuasa dilantik oleh perdana menteri, manakala baki empat slot diisi oleh hakim yang sedang berkhidmat. Mk
Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau saya – Tengku Hassanal
- Keropok beracun: Muhammad Luth pula meninggal
- Masa orang UMNO masuk parti dia, ok saja – Anwar
- Jangan polemikkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024
- Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
- Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor
- Ke mahkamah jua akhirnya
- Papagomo dicekup polis lepas keluar mahkamah
- Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
- RUU Mufti WP bawa takrifan sempit – Raja Perlis
- Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker
- Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
- Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020/a>
- Keropok racun, pekebun serah diri kepada polis
- Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal
You must be logged in to post a comment.