Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno

Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno

Pemuda PKR menafikan wujudnya masalah dalaman antara sayap itu dengan Pemuda Umno selepas kedua-dua pergerakan itu dilihat sering berbeza pendapat dan berbalas kenyataan berhubung isu politik negara.

Ketuanya Adam Adli Abd Halim berkata ia adalah perkara biasa apabila berlaku perbezaan pandangan dalam politik, lapor Bernama.



Tidak ada masalah… itu perkara biasa, katanya selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Kuantan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pemuda PKR dan Pemuda Umno berbalas kenyataan selepas PRK Sungai Bakap pada 6 Jun lepas.

Terbaru semalam, Adam mengkritik Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong kerajaan

Adam berkata Akmal gagal memahami isu secara mendalam dan sepatutnya merujuk terlebih dahulu pandangan, maklumat, dan fakta, serta pendirian bersama kerajaan perpaduan sebelum membuat kritikan.



Akmal dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat menyifatkan akta antilompat parti diluluskan di Parlimen dua tahun lalu sia-sia selepas wakil rakyat berpaling tadah tidak hilang kerusi.

Beliau juga mahu hak rakyat yang tidak mahu wujud lagi ‘katak politik’ dihormati. FMT

Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya



Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker