Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini membidas Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang mahu semua pihak menghormati keputusan speaker Dewan Rakyat yang tidak mengosongkan kerusi bekas enam ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.
Dalam satu hantaran di Facebook, Dr Muhamad Akmal yang juga adalah exco kerajaan negeri Melaka berkata, sebagai pemimpin apa yang lebih penting adalah hormat hak rakyat untuk menolak katak-katak politik daripada terus menjahanamkan negara.
“Adakah ia terpakai kepada satu pihak?
“Jika lepas ini ada pihak lain yang nak menyatakan sokongan kepada yang lain adakah kita nak benarkan?
“Akhirnya yang untung katak politik,yang terus jahanam negara dan rakyat yang menanggungnya!” katanya.
Adun Merlimau itu mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PH Mohd Hasbie Muda yang menasihatkannya supaya menghormati keputusan Speaker, Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerus enam wakil rakyat Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong kerajaan.
Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Menurut Hasbie yang juga ketua Pemuda Amanah, keputusan itu tiada kaitan akta antilompat parti kerana enam wakil rakyat terbabit masih ingin kekal sebagai ahli Bersatu namun seolah-olah ditekan dan dipaksa sehingga terlucut keahlian.
Dia berkata, tindakan keenam-enam mereka menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak bermakna lompat parti sama seperti PH yang sebelum ini pernah menandatangi Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini, dalam hantaran berasingan, pemimpin Umno itu secara sinis mengucapkan “selamat menjahanamkan negara kepada katak-katak politik”.
Menurut dengan keputusan speaker itu, akta antilompat parti yang diminta oleh rakyat selama ini, menjadi sia-sia.
Dr Muhammad Akmal juga mengingatkan pemimpin kerajaan supaya jangan marah jika rakyat membenci orang politik. Mk
Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula
You must be logged in to post a comment.