Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Dr Jezamine menfailkan perceraian pada minggu lepas.

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

“Kami akan membuat kenyataan, tidak lama lagi.”

Demikian perkongsian ringkas pelawak terkenal, Harith Iskander berkenaan tindakan isterinya, Dr Jezamine Lim yang dipercayai memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, bulan lalu.



Berkongsi pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, Harith berkata, dia mohon berikan masa sebelum memberikan penjelasan.

“Terima kasih atas panggilan atau mesej. Saya mohon maaf atas lambat menjawab.

“Kami akan membuat kenyataan tidak lama lagi dan anda pasti menjadi orang pertama mengetahuinya.

“Terima kasih banyak atas kesabaran anda,” katanya.



Pada 9 Julai lalu, dilaporkan Dr Jezamine dipercayai memfailkan cerai terhadap suaminya.

Dr Jezamine tidak menafikannya dan mengesahkan memfailkan permohonan cerai terhadap Harith, bulan lalu.

“Betul, saya sudah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat, tetapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya.

Ketika diminta mengulas punca memfailkan cerai, Dr Jezamine belum bersedia berkongsi mengenai masalah peribadinya.



“Saya tiada komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” katanya.

Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9. BH

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula



Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker