Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor

Dulu Noh bantu Azmin dari belakang, kini bersama kuatkan Bersatu

Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor

Bekas ketua Umno Selangor Noh Omar mendakwa gabungannya bersama bekas seteru Azmin Ali yang kini bersama dalam Bersatu akan menakutkan kem Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menjawab dakwaan mereka bakal bertembung, Noh berkata penyertaannya dalam Bersatu minggu lalu, sebaliknya akan menguatkan parti itu dengan gabungan dua ‘panglima’ yang sebelum ini masing-masing mengetuai Umno serta PKR di Selangor.

Azmin yang juga bekas timbalan presiden PKR turut mengetuai parti itu di Selangor serta menjadi menteri besar dari 2014 hingga 2018.

“Sebenarnya pemimpin itu takut, dia (Azmin) ‘jeneral’ sebelah sana (PKR) dan saya sebelah sini (Umno) yang memang selalu ‘bergaduh’…tetapi sekarang duduk semeja dan satu pasukan.

“Saya bantu Azmin dari belakang di Selangor menang 22 kerusi ketika PRN manakala Parlimen dapat enam kerusi (PRU15)…masa itu belum terang-terangan menyokong,” katanya.

“Sekarang bila dah sama-sama, perjuangan saya di Selangor sejak menjadi ketua Umno negeri untuk pastikan usaha jadikan DAP sebagai pembangkang balik.”

Pada PRU15, Noh digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang diwakilinya sejak 1995 dan digantikan pemimpin Wanita Umno Habibah Mohd Yusof.

Umno memecat Noh pada Januari tahun lalu atas dakwaan sabotaj parti pada kempen pilihan raya itu yang menyaksikan Habibah tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr Zulkafperi Hanapi dengan majoriti 2,180 undi.

Minggu lalu, dilaporkan Setiausaha PKR Selangor Khairuddin Othman berkata bekas menteri itu dijangka bertembung dengan Azmin yang mengetuai Bersatu Selangor, sekali gus kesannya akan dirasai PN.

Pengarah Strategi PKR Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad, pula mendakwa kemasukan Noh yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dipercayai mempunyai kaitan dengan rancangan menjatuhkan Azmin pada pemilihan parti dijangka Oktober depan.

Sementara itu, Noh menafikan gila kuasa dan tidak mengenang budi seperti didakwa bekas pemimpin Umno Tajuddin Abdul Rahman kerana meninggalkan parti, sebaliknya melahirkan rasa ‘kasihan’ terhadap bekas Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut.

“Saya pun kasihan kepada dia, beria-ia bawah Ismail Sabri Yaakob (ketika menjadi perdana menteri) namun akhirnya bila tiada jawatan dia kecewa.

“Nak jadi pengerusi Uda tak dapat, duta besar Malaysia ke Indonesia pun tak dapat,” katanya. FMT

Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker