Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker

Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker

Keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi Ahli Parlimen penentang Bersatu melemahkan undang-undang anti-lompat, kata sebuah kumpulan memperjuangkan reformasi.

Projek Sama berkata, keputusan itu juga ‘berisiko membuka ruang’ berulangnya Langkah Sheraton, merujuk kepada gerakan politik pada Februari 2020 yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas hanya 22 bulan memerintah.



NGO itu berkata, keputusan Johari bagi kerusi Labuan, atas alasan Ahli Parlimen itu mempunyai kes mahkamah yang sedang berjalan berhubung keahliannya dalam Bersatu, membuka ‘celah’ yang boleh dieksploitasi orang lain pada masa akan datang.

“Keputusan sebegitu juga berisiko membuka celah kepada mana-mana pembelot untuk (mengelak) kerusi mereka dikosongkan dengan menyaman parti mereka,” katanya dalam kenyataan.

“Projek Sama mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa pembangkang mungkin akan membalas dengan menarik beberapa (Ahli Parlimen) kerajaan untuk bertukar kesetiaan mereka demi melemahkan atau menjatuhkan kerajaan.

“Projek Sama (juga) mengingatkan DAP, Amanah dan Umno bahawa peruntukan serupa dalam perlembagaan parti masing-masing juga boleh dilumpuhkan oleh speaker lain pada masa akan datang.



Johari memutuskan untuk tidak mengosongkan lima kerusi lain – Gua Musang, Bukit Gantang, Tanjong Karang, Kuala Kangsar dan Jeli – untuk ‘memastikan kestabilan politik jangka panjang’ dan kerana peruntukan antilompat Bersatu bercanggah dengan Perlembagaan.

Projek Sama berkata, salah satu kelemahan terbesar Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang antilompat, ialah kegagalannya menentukan peranan speaker dalam memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi.

Katanya, peranan speaker memaklumkan SPR hendaklah dilaksanakan sebagai tugas pentadbiran semata-semata.

NGO itu memberi amaran, kuasa budi bicara Dewan Rakyat atau speaker DUN untuk ‘mengambil keputusan secara sewenang-wenangnya’ bila undang-undang antilompat akan diguna pakai bermakna undang-undang itu tidak akan membawa kestabilan politik.



“Penyelesaian mudahnya adalah menjadikan keputusan speaker tertakluk kepada semakan kehakiman … yang akan membawa ketertiban kepada penggunaan undang-undang antilompat.

“Kami merayu agar mahkamah tidak mengambil tafsiran yang terlalu meluas terhadap Perkara 63 Hak Istimewa Parlimen dan Perkara 72 Hak Istimewa DUN untuk melepaskan peranan mereka dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menegaskan demokrasi berparlimen.

“Badan Kehakiman kini memainkan peranan penting untuk mencegah kekacauan politik ala Langkah Sheraton pada masa depan dengan menegakkan semangat dan tujuan undang-undang antilompat,” katanya. FMT

Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker