Kenapa RUU mufti Wilayah perlu disokong
Kenapa RUU mufti Wilayah perlu disokong
OLEH BASHIR MOHAMED AL-AZHARI
Bismillah, pertamanya kami merafak setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatnya Yadim dan institusi agama yang lain, bawah kepimpinan Yang Berhormat Mohd Naim Mokhtar, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diberi kekuatan dan semangat untuk menzahirkan sokongan dan dukungan dalam usaha mempertahankan kedudukan dan martabat agama Islam sebagai asas pegangan yang jitu dan kukuh dalam masyarakat Islam hari ini.
Yadim di peringkat pusat dan negeri termasuk entiti dakwah Yadim yang lain iaitu Majlis Amal Islami Malaysia (Maim), Nadwah Ulama Dan Ilmuwan Yadim (Nuim) serta Majlis Wanita Islam Yadim (Mawim) memberi sokongan sepenuhnya kepada Rang Undang Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) sebagai teras perpaduan umat Islam di negara Malaysia terutama melalui perkara empat yang mentakrifkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah, fekah Mazhab Syafie dengan meraikan tiga Mazhab yang lain, dan tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid.
Dalam kami meneliti petikan kenyataan Sahibus Samahah Mufti Pahang, Prof Asmadi Mohamed Naim, pihak kami menyokong bahawa Rang Undang- Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan terutama pada perkara 4 tersebut mesti diberi sokongan sepenuhnya oleh semua umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Beliau menyatakan bahawasanya, RUU tersebut sangat relevan dan penting minimum kerana tiga perkara iaitu:
(a) Semangat Persekutuan yang memartabatkan Majlis Raja-Raja sebagai Institusi yang menaungi Agama Islam di negara ini, sebagaimana perkara ini pernah ditegaskan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang lepas ketika menyampaikan titah baginda pada 6 Mac 2023 sempena Mesyuarat MKI kali ke-69. Begitu juga, dari sudut MKI, keputusan muzakarah MKI kali ke-106 pada tahun 2014 pada tarikh 21 hingga 22 Oktober 2024 memberi indikasi jelas bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaah itu adalah aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah, sebagaimana perkara ini ditegaskan sekali lagi dalam keputusan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-56 pada 20 Mei 2022 dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-265 pada 21 dan 22 Feb 2024 telah bersetuju dan memperkenankan keputusan tersebut.
(b) Al-Asyairah (sebagaimana Al-Maturidiyyah juga secara samping-menyamping) merupakan sebuah aliran zaman-berzaman di Malaysia dan paling terbuka dan fleksibel dengan warisan, adat istiadat dan amalan majoriti umat Islam di negara ini baik dari kalangan rakyat marhaen atau bangsawan yang menjadi identiti dan keunikan umat Islam. Banyak amalan tradisi raja-raja Melayu seperti bacaan yasin dan tahlil dibenarkan kerana kesederhanaan aliran ini. Aliran ini juga tidak jumud dan tiada juga taqiyyah.
(c) Al-Asyairah (sebagaimana Al-Maturidiyyah juga) sebuah aliran yang tidak terlibat langsung dengan usul ektrimisme dan mampu mengekang fahaman-fahaman radikal di negara ini. Ia sekali gus dapat menangkis ekstremisme seumpama kes di Ulu Tiram, Johor yang sanggup membunuh sesama Muslim.
Sokongan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) ia selari dengan konsep perpaduan umat Islam pada dasar Ahlus Sunnah Wal Jamaah melalui aliran Al-Asyairah dari sudut aqidah dengan saranan tokoh-tokoh besar Islam dalam negara mahupun luar negara seperti Syeikh Abdullah Fahim, Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri kelima dan juga tokoh ilmuwan dunia al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi.
Hal ini bertujuan bagi membentuk metafora perpaduan yang seimbang dalam pengamalan agama Islam di negara Malaysia.
Yadim sangat komited Melestari Gerakan Dakwah dan memperkasa pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, supaya masyarakat Islam dalam negara terus subur dengan budaya ilmu dan pengamalan dalam kehidupan seharian menepati acuan gagasan Malaysia Madani yang dibawa kerajaan perpaduan hari ini.
BASHIR MOHAMED AL-AZHARI ialah pengerusi Nadwah Ulama Dan Ilmuwan Yadim (Nuim).
Kenapa RUU mufti Wilayah perlu disokong
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula
Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah