Halang anak masuk rumah lima hari, ibu bapa ditahan polis

Halang anak masuk rumah lima hari, ibu bapa ditahan polis

JOHOR BAHRU: Polis menahan sepasang suami isteri yang menghalang anak mereka yang berusia 13 tahun masuk ke rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima rumah flat keluarga berkenaan di Pasir Gudang di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pasangan suami isteri berusia 54 dan 56 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam kerana didapati telah mengabaikan remaja itu sejak 7 Julai lalu.



“Polis yang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu menyelamatkan remaja itu semalam, selepas mengesan video tular berhubung perkara berkenaan.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau, namun ujian saringan awal air kencing kedua-dua mereka negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suami isteri warga tempatan itu kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat,” katanya.



Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar memaparkan seorang remaja lelaki dibiarkan tidur di kaki lima sebuah flat perumahan yang dimuat naik pengendali akaun Facebook ‘Group Komuniti Taman Air Biru’.

Bagaimanapun, hantaran itu dipercayai sudah dipadam dan tidak boleh di akses. BH

Halang anak masuk rumah lima hari, ibu bapa ditahan polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula



Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker