Fattah jawab isu dakwaan rumah tangganya dilanda masalah

Fazura "one in a million" - Fattah Amin

Fattah jawab isu dakwaan rumah tangganya dilanda masalah

Pelakon Fattah Amin mengaku masih mendapat layanan istimewa daripada isteri, Nur Fazura biarpun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, berkata, Fazura ikhlas dalam menjalankan segala hal tanpa mengharapkan apa-apa balasan.



“Sudah tujuh tahun dengan dia. Saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka menghargai suami… Bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya.

“Paling saya terharu adalah sikap pemurah isteri saya sehingga saya sangat rasa inspirasi dengan perkara itu.

“Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” katanya.

Fattah berkongsi perkara itu menerusi temu bual yang dimuat naik di YouTube.



Perkongsian Fattah itu sekali gus menghentikan segala spekulasi yang mendakwa hubungan mereka dilanda masalah sejak kebelakangan ini.

Menurut Fattah, Fazura sentiasa memberikan yang terbaik buat keluarganya termasuk menguruskan perniagaan dan membesarkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

“Sebagai suami, saya nampak banyak pengorbanan dia sebagai isteri dalam keluarga. Kalau ikutkan dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja.

“Namun, dia sama-sama bangunkan perniagaan sekali gus membesarkan anak kami Fatima. Itu pengorbanan seorang isteri yang buat saya lagi cintakannya sampai sekarang.



“Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya senduk nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buatkan saya rasa dia ‘one in a million’ (satu dalam sejuta).

“Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada apa sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai,” katanya.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia tiga tahun. HM

Fattah jawab isu dakwaan rumah tangganya dilanda masalah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker