Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
Sebarang perbuatan buli sama ada berbentuk fizikal atau mental tidak boleh dikompromi berikutan perlakuan itu satu bentuk jenayah.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes buli di Institut Pendidikan MARA (IPMA) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), supaya terus memaklumkan kepadanya.
Katanya, beliau tidak akan berkompromi dengan apa jua bentuk buli lebih-lebih lagi membabitkan sentuhan fizikal.
“Pengurusan MARA amat mengetahui saya berpegang kepada prinsip ‘You touch you go’. (Anda sentuh, anda keluar). Tidak layak duduk dalam MRSM jika tidak boleh belajar hidup bermasyarakat dan berakhlak.
“Sekiranya perbuatan buli benar-benar berlaku, tindakan tegas mengikut undang-undang dan peraturan yang ada perlu dilakukan segera.
“Mangsa juga mesti dipantau supaya tidak menerima kesan sampingan yang lain daripada rakan-rakan dan persekitaran, katanya dalam menerusi Facebook, hari ini.
Terdahulu, seorang pempengaruh serta pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman menerusi laman Facebook berkongsi satu tangkap layar meminta Asyraf Wajdi mengambil tindakan terhadap insiden yang diadukan seorang ibu, mengatakan anak lelakinya pelajar Tingkatan Satu yang menuntut di sebuah MRSM tanpa dinyatakan lokasinya menjadi mangsa buli pelajar Tingkatan Lima.
Katanya, MARA wajar mengambil tindakan segera terhadap insiden itu kerana dibimbangi boleh diikuti dengan kekerasan fizikal yang akhirnya membawa kecederaan tubuh dan mental.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi dalam ruangan komen terus bertindak proaktif bertanya lokasi MRSM terbabit dan kemudian selepas mengetahui lokasinya memaklumkan pengurusan MRSM itu diberi tempoh sehingga petang esok bagi menyediakan laporan berhubung kes itu.
“Saya sudah terima maklumat dan pihak pentadbiran MRSM berkenaan sedang ambil tindakan segera. Saya minta (mengarahkan) laporan lengkap mengenainya paling lewat esok petang.
“Saya minta siasatan dibuat secara adil dan menyeluruh,” katanya.
Menerusi aplikasi Thread, dengan nama akaun Iqa.schamemey iaitu ibu kepada pelajar tingkatan satu, mendedahkan anak lelakinya menjadi mangsa buli pelajar Tingkatan Lima.
Beliau berkata, anaknya mengadu kepadanya dia sudah tidak tahan dibuli pelajar senior yang setiap hari memanggilnya membeli dan memasak mi segera di biliknya.
“Dia minta anak saya masak dua bungkus mi Korea (Samyang) yang berharga RM6 atau RM7 sebungkus selepas habis kelas mengulangkaji setiap malam.
“Pelajar itu suruh anak saya beli untuk dia dan kemudian memasaknya. Bukan pakai duit dia tapi pakai duit anak saya.
“Mental anak saya didera. Anak saya sampai takut kalau tidak sediakan mi untuk pelajar itu dan takut kena pukul. Anak saya mengadu sampai takut mohon kepada saya jangan memberitahu warden atau cikgu. Sebab dia risau jika sampai ke pengetahuan ‘senior’ itu , bakal mengundang kemarahan ‘senior’ itu,” katanya dalam aplikasi itu semalam. BH
Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.