Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi yang dipegang enam bekas ahli Parlimen Bersatu boleh membawa kesan yang buruk kepada kerajaan.
Ini kerana peraturan yang digunakan Bersatu dalam usaha mengosongkan kerusi tersebut adalah sama dengan kaedah yang turut dilaksanakan DAP, Amanah dan Umno.
Dalam surat Johari kepada Bersatu yang dilihat Malaysiakini, dia menyatakan peraturan Bersatu – yang membatalkan keanggotaan ahli yang bertentangan dengan parti – bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan Parlimen yang menjamin kebebasan ahli Parlimen untuk bersuara, berbahas dan mengundi.
Keputusan itu menetapkan duluan yang boleh menjadikan peraturan serupa yang dikenakan parti lain juga tidak terpakai.
Justeru, sepertimana enam bekas ahli Parlimen Bersatu menukar sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ahli parlimen kerajaan juga boleh menarik balik sokongan mereka terhadap Anwar atau mengundi menolak rang undang-undang (RUU) yang dibawa kerajaan.
Secara teori, dengan sokongan enam ahli Parlimen itu, Anwar memiliki sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Namun, sejak kerajaan persekutuan ditubuhkan, ada dakwaan wujudnya kalangan ahli Parlimen dalam Umno dan BN yang tidak setuju dengan keputusan Ahmad Zahid Hamidi – iaitu pengerusi BN dan presiden Umno – untuk menyokong Anwar sebagai perdana Menteri.
Sementara keretakan dalam BN tidak memadai untuk menyebabkan Anwar hilang majoriti, ia berisiko menggugat keyakinan komponen lain dalam kerajaan, seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), terhadap Anwar.
Duluan tidak baik
Satu lagi duluan yang dibuat Johari adalah mana-mana ahli Parlimen yang mungkin melanggar Akta Anti Lompat Parti, boleh menangguhkan keputusan terhadapnya dengan memfailkan tindakan mahkamah terhadap partinya.
Itu merupakan keputusan yang dibuat Johari ke atas Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman.
Dalam suratnya, Johari berkata dia tidak mahu mengganggu proses mahkamah menerusi keputusan yang dibuatnya.
Selain Suhaili, lima lagi bekas ahli Parlimen Bersatu tersebut adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). Mk
Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.