Jangan ‘lepaskan’ Majlis Profesor Negara, perlu ambil tindakan – Ahli Parlimen

Beberapa ahli parlimen kerajaan dan pembangkang menggesa tindakan sewajarnya diambil ke atas Majlis Profesor Negara (MPN) susulan laporan Jabatan Ketua Audit Negara yang mendapati majlis tersebut telah menyalahgunakan pembiayaan kewangannya.

Dalam sesi bahas usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Ahli Parlimen Jerlun Dr Abd Ghani Ahmad mempersoalkan ketiadaan jawatankuasa audit dalaman di MPN.

“Semakan audit mendapati MPN tidak menubuhkan jawatankuasa audit dalaman. Saya rasa ini satu benda yang cukup pelik.



“Mana mungkin sebuah agensi yang ditubuhkan kerajaan tidak ada jawatankuasa audit dalaman,” katanya.

Dia turut bertanya alasan mesyuarat ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) hanya diadakan sekali atau dua kali setahun sejak tahun 2019 hingga 2023.

“Persoalan saya di sini berapa kalikah MPN menetapkan mesyuarat LPA pada setiap tahun?

“Jika tidak ada mesyuarat yang begitu penting adakah pengerusi atau timbalan pengerusinya membuat keputusan besar melibatkan kewangan atau sebagainya hanya berdasarkan resolusi ahli LPA,” katanya.



LKAN sebelum ini mendedahkan bahawa, MPN sebuah majlis profesor universiti-universiti Malaysia yang dibiayai kerajaan telah menyalahgunakan pembiayaan kewangannya.

Ini termasuk membayar elaun besar RM207,000 kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tanpa kelulusan menteri.

Juruaudit juga mendapati RM373,516 dana MPN digunakan untuk membayar operasi dua syarikat milik ahli lembaga pemegang amanah.

Ahli berkenaan tidak mengisytiharkan kepentingan mereka dalam syarikat itu, laporan LKAN.



MPN menafikan dakwaan LKAN dan berkata kerajaan pusat membubarkan badan berkenaan secara serta-merta pada 23 Mei 2018.

Langkah tersebut, kata MPN, secara tidak langsung mengeluarkan badan terbabit daripada naungan kerajaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man ketika membahas meminta kerajaan menjelaskan apakah tindakan yang telah diambil berhubung laporan LKAN.

“Saya mohon apakah tindakan yang telah diambil berhubung laporan LKAN tersebut?” soal timbalan presiden PAS itu.



Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi dari DAP mencadangkan bahawa MPN perlu dihadapkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjutnya.

“Saya minta kerajaan menjelaskan sama ada MPN lebih sesuai diletak di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Kerajaan perlu jelaskan apa tugas utama MPN dan yang paling penting kalau perlu SPRM seharusnya ambil tindakan untuk siasat tentang isu ini,” katanya.

Laporan itu menumpukan aktiviti MPN dari 2019 hingga 2023.



MPN sebuah entiti di bawah Jabatan Perdana Menteri yang melapor kepada Menteri Pengajian Tinggi, dengan menteri menjadi penasihat kepada MPN.

Menurut laman web MPN, pengerusinya sejak 2019 ialah ahli antropologi UKM Shamsul Amri Baharuddin manakala pensyarah sains politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamed Mustafa Ishak adalah timbalan pengerusinya.

LKAN juga menunjukkan MPN menerima geran mengurus daripada kerajaan berjumlah RM35.84 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga 2018, serta 2022 dan 2023.

Lantaran itu Ketua Audit Negara mengesyorkan JPM mengkaji semula MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker