Cuba langgar polis, tayar van ditembak polis
Cuba langgar polis, tayar van ditembak polis
Bayan Lepas: Polis terpaksa melepas tembakan terhadap kenderaan dipandu seorang lelaki selepas suspek cuba melanggar anggota penguat kuasa di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku ketika sepasukan polis cawangan trafik menjalankan Op Perdagangan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, sebelum itu pihaknya mengesan sebuah van dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, polis kemudian mengejar kenderaan itu sejauh lima kilometer sehingga ke Jalan Datuk Ismail Hashim.
“Polis terpaksa melepaskan satu tembakan ke arah tayar hadapan van apabila suspek cuba melanggar anggota sebelum kenderaan itu terbabas di bahu jalan.
“Susulan itu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kamarul Rizal berkata, dalam kejadian itu, turut berlaku kemalangan antara van dipandu suspek dengan kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan.
“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu.
“Pemeriksaan rekod lampau mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing didapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Beliau berkata, suspek juga mempunyai rekod dikehendaki bersabit kes mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya pada 2023.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepas tembakan di tempat awam,” katanya. HM
Cuba langgar polis, tayar van ditembak polis
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula
You must be logged in to post a comment.